Saturday, 10 December 2016

Hello December

Lagi beberapa hari lagi nak masuk tahun 2017. Harap next year ni, lebih banyak achievement yang anda semua nak lebih capai lagi.

Tahun 2016, syukur Alhamdulillah pelbagai peluang dan challenge ditempuh sepanjang tahun ini. Tahun ini juga amat bermakna dari segi kerjaya dan personal.

Dari segi kerjaya, ada beberapa improvement sebenarnya dalam keberhasilan membuat apps. Dari segi design ada menambah baik ilmu dengan mendaftar naik course design code oleh Meng To. Memang sebelum ni rasa nak buat design baru nak take time, tapi dengan course ni lebih faham tentang design dan sepatut nya kena sentiasa amalkan. Biasakan. Dengan pelbagai tips penggunaan Sketch. So memang berbeza juga sebanyak-banyak ini.

Apa yang best kita boleh implement direct kepada project Xcode dengan plug-in yang disediakan.

Lain-lain pula adalah marketing dan peningkatan diri. Inipun course online. Dapat mentor dari negara US. Cool juga sebab banyak online webinar yang dianjurkan, boleh bertanya-tanya soalan. Selain dari boleh join group Facebook agar perjalanan perniagaan apps lebih berapi dan bersemangat dengan  feed member yang lain.

OK, dari segi personal, target untuk tahun 2017 adalah untuk boleh tulis journal harian setiap hari. Journal ni ditulis guna aplikasi mobile Day One, sync dekat Dropbox, ada juga app untuk Mac. Jadi mudah juga untuk update-mengupdate ni setiap hari. Journal harian ni sepatutnya ditulis bila nak start rutin harian, apa plan untuk hari tersebut. Pada malam nya, journal diupdate dengan rumusan dan pemikiran. Kalau boleh, boleh tulis juga plan untuk keesokan harinya.

OK blog ini, dah genap 1 tahun ditulis contentnya untuk setiap bulan at least. Memang ini benda yang disaran kan oleh mentor Asia kita. Jadi paksa diri tulis something. So far, boleh lah persistant tulis sedikit sebanyak dalam blog irekasoft blogspot ini. Selain itu memang saya ada juga tulis benda teknikal di ireka soft blog juga.

Lain-lain pula adalah networking. Dalam bisnes ni bro, referal dan networking sangat penting. Boleh je buat kerja online-online ni, tapi untuk lebih sustain dan ada balance kena juga cari local area network (atau LAN). Haha, LAN pulak. Yang saya maksudkan adalah bersua muka dengan orang yang sama fikiran, tak kisah sama ada join meetup atau gi cari co-working spaces. Asal boleh kenal orang dan buat networking. Busy macam mana pun cari lah peluang sekali-sekala.

Lain adalah invest dalam education, system dan machine. Rasa tahun ni tak beli machines (or toy) baru. Tapi nampak lebih kepada education. Kena upgrade education, baru workflow cantik. Pasal education ni, memang kena memilih. Kena kaji betul-betul worth it tak untuk habiskan masa, wang dan tenaga nak buat semua benda tu. Baca testimoni, kenal siapa mentor / guru yang nak anda subscribe tu. Yang penting kena ada proven result / result yang berkesan. Jadi tahun ini saya telah menjadi mantee untuk course yang betul-betul berkait rapat dengan kerjaya perniagaan saya, iaitu buat design app dan app marketing.

Memang cool dapat buat benda ni. Tapi paling mencabar nak siapkan app. Memang banyak competition lately, apa yang penting kita pun kena ada USP untuk bersaing. Kalau kita ini ada something unique, jangan risaulah pasti ada yang appreciate punya. Jangan suka tiru-tiru sahaja ok.

Tiruvasi ok.

OK, setakat ini sahaja coretan blog ireka soft. QS pun dah 1 tahun 6 bulan, dah pandai recognize perkataan dan pandai converse merapu sahaja, tapi boleh sebut some sukukata. Boleh faham orang cakap apa sikit-sikit. Nak suruh ambil barang cam tu OK. Cuma nak tunggu sahaja bila QS boleh bertutur macam kita ni.

Sekian dulu blog post ini.

Salam App,
Hijazi

No comments:

Post a Comment

iPhone XS, XS Plus & XR Price in Malaysia

Early today I got information that the latest Apple smartphone will be released in Malaysia soon. People can pre-order the phone throught ...