Wednesday 29 May 2019

May Update

Update terkini iReka Soft.

1. Aplikasi Marketing ( dengan Forum + Live Chat )

• Silent launch aplikasi marketing untuk produk makanan tambahan terkenal di Malaysia. Ia merupakan aplikasi untuk mendapakatkan tips-tips parenting dalam bentuk artikel dan video. Aplikasi tersebut juga ada function forum untuk berdiskusi secara terbuka. Selain itu ada fungsi live chat dengan consultant. Pengguna aplikasi akan dapat notification bila consultant memberi maklum balas.

• Aplikasi tersebut merupakan aplikasi yang di integrasi dengan sistem web, dimana kami membangunkan juga sistem web API dan sistem admin untuk mentadbir selia aplikasi mobile.

• Aplikasi ini juga direka bentuk wireframe dan tambahan design oleh art designer untuk memeriahkan aplikasi ini dengan ilustrasi dan warna yang ceria.

• Wireframe banyak membantu dari segi idealisasi, kejuruteraan perisian, untuk memastikan function yang ingin dibina boleh dibina dengan mantap, dan kita boleh predict berapa lama masa untuk menyiapkan projek ini dan kita juga tahu progress berapa peratus antara progress tengah develop dengan perancangan yang dibuat dengan wireframe.

• Wireframe ini juga disekalikan dengan design. Bermakna visual ia hampir kepada aplikasi sebenar yang akan / sudah dibina.

Pelan itu penting, kalau tak pelan, pelan-pelan tenggelam.

Bagi developer yang berpengalaman, kita rasa untuk elakan masalah dimasa akan datang, kita slow-slow fikir macam mana nak develop dengan terbaik. Ini adalah marathon, sebab banyak lagi features yang ingin ditambah baik lagi.

Aplikasi ini dalam fasa internal testing.

Tentang penggunaan React Native:

- Membina build untuk Android agak mencabar kerana integrasi Gradle, yang perlu update yang kerap sebab versi Google Service nya yang sentiasa diupdate.

- Integrasi Google untuk login / sign up juga tricky, sebab kita perlu masukan SHA-1 number dari Google Play ke dalam console Google Developer. Peringatan: build for debug dan published adalah berlainan.

- Overall sangat berpuas-hati dapat guna React Native sebab framework dah matured, dan boleh dipelbagai guna juga kita boleh masukan design yang menarik.

- Integrasi push notification buka terus chat screen.

2. Penambahbaikan App iOS Sistem Asset Mangement (iPhone + iPad )

• Aplikasi iOS universal, memaparkan maklumat kecil dalam maps jika point tersebut ditekan.

• Membuka screen dengan interaktif dengan pan gesture untuk buka dan tutup screen.

• Ada display animasi ( guna mp4 ) untuk memaparkan anak panah keatas tanda swipe-up dengan animasi.

• Menggunakan TestFlight untuk memberi client test sebelum publish.


3. Aplikasi On-demand Service untuk ******

Aplikasi dibina dengan React Native juga.

Ada beberapa penambah-baikan mengikut pengguna sasaran dan situasi masa-kini.

- Cabaran buat masa ini adalah layout untuk Android tidak berapa for form. Jadi perlu go deep into the Flexbox for Android. Android layout dia lebih sensitive berbanding iOS, jadi perlu buang parameters yang boleh bawa masalah dalam Android.

- Selainnya bagus, ada fungsi push notification dan chat juga.


No comments:

Post a Comment