Monday 25 May 2020

Selamat Hari Raya PKPB

Syukur atas nikmat Tuhan, kita dapat beraya pada Aidilfitri ini dengan penuh keserdahaan namun tetap menggembirakan.

Walaupun di Malaysia kita tidak boleh merentas sempadan negeri, tapi pada yang masih boleh keluar, kita pergi ke tampat yang masih kita boleh pergi. Kalau ahli keluarga kita dalam negeri yang sama Alhamdulillah, jika tidak ramai yang ke tempat-tempat menarik untuk berlibur sebentar sambil bergambar.

Dari pihak iReka Soft, kami ingin mengucapkan Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

-------

Sehari sebelum Aidilfitri, Orderla.my ada menyediakan satu feature baru iaitu 'Orderla Check-in'.

Fungsi ini khas untuk pemilik kedai fikizal untuk track record siapa yang datang ke kawasan mereka. Sebenarnya implementasi ini tidak begitu praktikal untuk kebanyakan tempat jika menggunakan pen dan kertas. Ia nampak kuno dan juga proses nya agak slow. Jadi dengan guna Orderla Check-in ini, ia dapat memberikan pengalaman yang lebih baik untuk pelanggan.

Betul Orderla ni berkembang dan evolve disebabkan PKP ini. Bermula sahaja PKP, nampak demand untuk peniaga terus jump ke platform online. Ya, boleh sahaja guna Whatsapp normal, tapi guna Orderla ni lebih tersusun dan bersistem. Jadi dengan kos permulaan yang free, seharusnya ramai peniaga enak sahaja membuat online store mereka.

Tidak pasti ianya terlalu mudah atau tidak. Tapi orderla.my berusaha sedaya upaya untuk memberikan pengalaman pengguna yang bagus, yang mudah di fahami, mudah untuk upload gambar, listing items dan seterusnya menjual kepada customer.

------

Building Up the Expertise

Dengan deliver sistem yang hebat kepada pengguna Malaysia, pelbagai improvement dibuat dan juga di sediakan premium service sebagai feature tambahan yang boleh membantu bisnes anda lebih dioptimisasikan.

Ada tahap yang mana kita OK untuk membuatkan ia percuma, kerana kita mahu pengguna mencuba rasa adakah ia solusi yang cocok untuk mereka. Dan mereka juga boleh gembira kerana boleh juga berbisnes dengan zero kos untuk guna dan dapat order dengan Orderla.my ini.

Namun di sebaliknya Ordrela.my ada sahaja kosnya. Kos server, kos untuk buat coding dengan hasil yang terbaik, opportunity cost, dan sebagainya. Lagi-lagi bila ada customer yang request pelbagai benda. Boleh aja kita penuhi kalau ia tidak sukar. Kalau sukar... kita cuba. Kalau terlalu sukar, tapi penting untuk kamu buat wang yang bagus, kenapa kamu tidak mahu bayar juga kepada kami kan.

Benda percuma ini juga, perkara biasa dalam dunia IT. Email, facebook, google dan macam-macam lagi free. Ia ada model bisnes lain untuk terus sustain dan juga menjana keuntungan.

Kita rasa Orderla ini juga tempat untuk berexperimentasi juga berlatih untuk membina sistem yang hebat.

Kita guna Stripe untuk mengambil subscription. Ia akan dibayar secara bulanan.

Yang bagusnaya Stripe ini, integrasi code nya sangat detail dan boleh kata transparent. Dengan well-written documentation. Ia memang boleh jadi integrasi untuk payment yang baik.

Hampir banyak benda boleh di automasi kan. Bila user start melanggan Plus plan, orderla akan update sistem untuk memenuhi fungsi plan Plus.

User juga berhak untuk 'cancel' plan bila-bila masa jika berasa begitu. Jadi stripe akan cancel-kan plan anda.

Cuma setelah sebulan berlalu, pastinya subscription cas akan cas automatik kepada credit/debit card tersebut. Ia mudah jika pelanggan cancel sahaja. Tetapi ada kes 'due paid', iaitu kes di mana, pembayaran tidak dapat go through.

Dari pihak kita, pembayaran tersebut failed. Kita tak dapat bayaran. Sebetulnya kita pun tidak begitu mengerti kenapa sebenarnya. Ada beberapa faktor yang dijelaskan dalam website Stripe seperti tamat tempoh, kredit tidak cukup dan sebagainya. Jadi untuk berlaku adil jika keadaan ini berlaku kita akan jadikan akaun tersebut balik kepada basic.

Ya, perkara ini masih dalam kajian lagi. Perlu buat interview bertanyakan hal yang sebenar.

Ok baik, itu sahaja perkongsian saya. Jumpa di lain post.

Salam
















No comments:

Post a Comment