Sunday 13 November 2016

Git

Dalam banyak-banyak benda dalam software development yang penting adalah Git, source code management. Walaupun buat project kebanyakan seorang sahaja, namun adalah langkah terbaik untuk mengaktifkan git anda dalam folder yang akan dibangunkan.

Memang nak type ayat-ayat cinta git tu leceh nak buka terminal bagai. Jadi pakailah software GUI. Aku pakai SourceTree, memang dari 5 tahun lepas juga lah pakai, sekarang Atlassian kasi update itu tool, sekarang lebih kemas dan lebih mudah faham rasanya.

Sekarang ni project RND, nak kena pakai balik Xcode 7.3, kalau develop kat main machine, ada juga Xcode 8.1, akan berlaku banyak clash, jadi terpaksa install kat MacBook Air, memang dah ada pun, Xcode 7.3 ni tapi Xcode 8 dibuang sementara.

Jadi macam mana nak sync antara dua komputer ni dengan satu project. You see ada perkataan sync di situ. Kalau guna dropbox memang lah mudah automated. TAPI, tau ke macam mana automated tu function?

Kena fikir tu sebab nak buat aplikasi boleh sync, jadi kena fikir-fikirkan.

Ok, balik kepada git, aku pakai git kat main machine (MBP retina) upload/commit/push kat remote repo. Lepas tu kat MBA clone sahaja lah. Lepas tu kalau apa-apa update just commit and push ke remote server.

Since kat MBP ni tak ada functionate sangat untuk edit source code, cuma nak latest code base sahaja jadi kita rebase sahaja kepada latest commit. Takan ada conflict or anything lah, just rebase sahaja.

Menarik juga pakai git ni. Selain boleh elakan kejadian kerosakan kod, kehilangan kod, kot kot baik anda berjaga-jaga.

Memang tengah-tengah experiment itu ini, kadang-kadang perlu undo-undo. Tapi undo-undo ni ada limitnya. Dengan menggunakan git kita boleh discard sahaja file tu. Multiple files pun boleh.

Tapi kuncinya kena selalu commit dan push ke server lah. Itu pun nak kena bagi tau ke. Hahaha.

OK. Kalau apa-apa boleh check-out irekasoft.com/blog, ada aku update kan guide-guide yang bagus untuk kau belajar sedikit sebanyak pasal mobile apps coding ni. Susah sebenarnya, tu lah kena tulis supaya aku pun boleh hadam sedikit sebanyak.

OK. Check out next time. Kalau ada apa-apa soalan boleh berhubung terus dengan aku, nak tanya web ke app android or iOS. Tapi kena bayar lah. Haha.






No comments:

Post a Comment