Wednesday 18 March 2020

Impak Covid-19 : Dari Event Langsung ke Online

Baru-baru ini, negara kita dikejutkan dengan peningkatan mendadak penghidap Covid-19 ini. Untuk membendung gejala ini, kerajaan melaksanaankan menghadkan pegerakan selama 14 hari. Dari 18 - 31 March 2020.

Dalam tempoh tersebut, semua tempat kerja harus ditutup kecuali bahagian yang kritikal.

Kedai barang keperluan harian dan makanan ( untuk take away sahaja) sahaja dibenarkan beroperasi.

Tetapi sebelum arahan penghadkan pegerakan ini, kita juga mendengar event-event high-profile terpaksa ditukarkan ke bentuk digital.

Ini termasuklah, program anjuran Richworks, Zero to Million, yang ditukar pada saat akhir kepada format online.

Event Apple WWDC juga ditukarkan kepada format online.

Universiti dan sekolah juga menggunakan format online sebagai ganti sekolah secara fizikal.

https://www.wcvb.com/article/massachusetts-universities-moving-to-remote-learning-over-coronavirus-concerns/31333872#

Hal ini menjadi peluang sistem pendidikan online untuk lebih membangun. Tetapi content ia tetap penting, adakah ia dapat menyampaikan informasi seefektif seperti pengajaran dunia nyata. Sama-sama kita berusaha.

Wednesday 4 March 2020

Covid-19 dan ICT

Dewasa ini penularan wabak penyakit Coronavirus atau Covid-19 ini sudah dalam keadaan yang sangat membimbangkan. Lebih-lebih lagi negara-negara yang mempunyai pesakit Covid-19 yang tinggi seperti China, Korea Selatan, Itali, Jepun, Perancis, Jerman, Spain, Amerika Syarikat, Singapura dan Hongkong.

Negara kita Malaysia dikira bertuah kerana pesakit yang dijangkiti tidak seramai negara-negara tadi, dan juga kes-kes tersebut kebanyakannya sudah dapat dipulihkan. Alhamdulillah.

Kementerian Kesihatan kita juga melarang untuk ke negara-negara yang berisiko tinggi tersebut. Negara-negara tersebut digambarkan dalam keadaan panik. Topeng mulut dan tisu banyak kehabisan stok. Jika sesiapa yang baru pulang dari negara-negara yang berisiko, pihak majikan menyuruh agar pekerja mereka dikuarantin dahulu sebelum datang bekerja di pejabat.

Banyak lagi info-info tentang Covid-19 Coronavirus di laman sesawang CoronaTracker.com, dan laman tersebut hanya memaparkan berita yang telah disahkan oleh ahli profesional mereka.

Kisah-kisah kuarantin orang ramai, yang bermula di kota Wuhan, dilaporkan virus tersebut dari market penjualan makanan eksotik. Kalau tidak silap, haiwan kelawar. Saya fikir ia sememangnya bala dari Tuhan, kepada segenap manusia, asbab oleh segelintir manusia yang suka makan makanan yang dilarang oleh Tuhan. Ya Allah ampunkan lah dosa-dosa kami.

Bandar yang gilang-gemilang diwartakan sebagai kawasan larangan. Penduduk-penduduk disuruh agar berada di rumah masing-masing. Jadi akan berlaku impak ekonomi yang tidak baik dan penggunaan teknologi ICT yang meningkat.

Ekonomi

Banyak sektor ekonomi terjejas disebabkan oleh virus ini.

Bermula dari perlancongan, kurangnya orang mahu pergi ke tempat luar. Hotel-hotel kurang tempahan. Lalu keuntungan merudum, cash-flow berkurang, dan pekerja-pekerja tidak dapat dibayar gaji. Pekerja mungkin kehilangan pekerjaan.

Sektor pembuatan juga begitu, disebabkan pekerja tidak dapat hadir disebabkan dikuarantin, operasi pembuatan tidak dapat berjalan. Ia mengakibatkan kesan domino kepada pembuatan yang lain yang memerlukan sumber bahan lain. Akhirnya produk akhir kepada konsumer tidak dapat juga dihasilkan.

Sektor perdagangan dan events banyak dibatalkan. Ini adalah sebab kerisauan oleh semua, kerana kita tidak tahu siapa yang dijangkiti virus turut serta dalam events.

ICT

Dalam hal yang lain, industri ICT juga tidak kurang terjejas apabila beberapa events berkaitan dengan ICT terpaksa dibatalkan.

Namun, kepenggunaan ICT dalam kehidupan kita dapat membantu lebih-lebih lagi dalam tempoh kita berdepan dengan isu Coronavirus ini.

Selain dapat berhibur melalui ICT, ia memberikan rakyat cara untuk berkomunikasi dengan lebih mudah dengan adanya smartphone dan mobile apps. Video call yang boleh digunakan menjadikan perhubungan lebih erat walaupun tidak berjumpa sebenar. Ia dapat mengelakan isu jangkitan kerana virus tidak merebak melalui alatan ICT.

Ya, tidak syak lagi, dengan menggunakan ICT dapat mengelakan jangkitan virus walaupun untuk kekal berhubung antara manusia dengan manusia.

Pesakit boleh video call doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Pekerja dapat melakukan kerja dari rumah, tanpa bertemu langsung dengan rakan sekerja dan majikan dengan menggunakan teknologi chatting Telegram, Slack dan sebagainya dalam komputer mahupun telefon pintar.

Ringkasan

Akhir kalam, wabak ini adalah kes antarabangsa, walaupun tidak terkena banyak di negara kita, kita masih harus berhati-hati, ambil langkah berjaga-jaga dalam pembasmian virus. Banyakan berdoa dan berusaha agar kita dilindungi oleh Yang Maha Pencipta. Semoga titik tolak usaha kita semua dan pihak berwajib dapat meredakan wabak ini dalam anggaran tahun ini.