Monday 12 July 2021

Kemaskini Orderla Julai 2021

Berikut antara updates untuk sistem Orderla untuk Julai 2021:

Latest Updates:

* Orderla sudah support international number untuk sales person

* Enhancement untuk form dengan pin.

Orderla Pro menyediakan lebih features dari Plus ( 😀 )


Antaranya:


Local Delivery (Google Map based)

 ⁃ Merchant boleh set had kawasan penghantaran setempat dalam border geografi atau dalam radius dalam Google Maps.

 ⁃ Bila pelanggan order, mereka akan cari alamat mereka dalam Google Maps, nanti sistem akan kira berapa jarak jalan dari peniaga ke pembeli. 

 ⁃ Merchant juga boleh set pricing mengikut jarak. Boleh juga follow pricing seperti Lalamove dan Mr. Speedy. 

 ⁃ Dalam invoice, di mobile app akan ada button untuk terus navigate ke lokasi pembeli melalui Google Maps. Tidak perlu susah-susah nak type nak cari di Google Maps lagi. 


Manager Account:

 ⁃ Jika anda ada staff untuk menguruskan akaun Orderla anda, anda boleh create satu akaun manager. Di mana akaun ini boleh manage semua aspek dalam sistem Orderla kecuali untuk lihat My Profile akaun anda.

 ⁃ Boleh buat up to 5 accounts.


EasyParcel / Delyva Integration

 ⁃ Seperti mana integrasi Send Parcel PosLaju, kini anda juga boleh membuat integrasi dengan sistem EasyParcel dan juga Delyva.

 ⁃ Kerja-kerja integrasi ni sebenarnya agak rumit, jadi kami terpaksa masukan dalam versi pro ini. Jika ada-ada issue boleh berhubung dengan kami.


Extras:

 ⁃ 30 custom extra customer questions. Untuk merchant yang nak tanya perkara-perkara lain: dia macam buat Google Form di mana anda boleh set soalan dalam bentuk text, paragraph, dropdown, pilihan dalam radio atau checkbox. ( Plus boleh buat 2 custom questions )

 ⁃ boleh set 30 options untuk weight-based delivery ( Plus boleh buat 2 options )


Orderla Admin Mobile Apps:

 ⁃ kami juga telah update mobile apps utk support Orderla Pro juga.



Dan untuk bulan May yang lepas ini juga antara telah di update untuk Plus juga ( Pro pun sekali dapat):


 ⁃ Kita dah boleh remove top header di form. Jadi kalau ada header banner yang cantik tu mungkin boleh remove title dan details lain.

 ⁃ Boleh add meta tag pada homepage. Ini untuk kegunaan pengesahan FB ads domain.




OK, itu sahaja untuk newsletter bulan ini. Semoga kita sentiasa bertabah dan berusaha lagi dalam tempoh lockdown ini. Semoga sistem ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mengharungi situasi sebegini.


Jumpa Lagi!


p/s: hari ni juga Orderla juga dah ada 7000 lebih merchant users. Juga sales terkumpul yang menggunakan payment gateways pula dah mencecah RM3juta. 


Terima kasih semua 🚀