Apa itu Quick-Commerce ?
Di dalam dunia online ini kita mungkin dah biasa dengan e-commerce. Ada yang dalam website dibina secara private dan ada juga jenis marketplace. Untuk private di mana pemilik bisnes mempunyai total control untuk web ecommerce tersebut. Manakala marketplace pula, ia mengumpulkan pelbagai vendor dalam satu tempat, contoh yang popular sekarang adalah: Shopee dan Lazada.
OK apa itu quick-commerce. Berbanding e-commerce, q-commerce memfokuskan cara untuk fulfilment kepada pelanggan dalam masa yang jauh lebih singkat. Dalam 2 jam ke dalam satu hari.
Tetapi dalam satu era sekarang kita dapati trend quick-commerce juga semakin rancak. Anda biasa dengar FoodPanda dan GrabFood? Mereka adalah market place untuk quick-commerce dan mereka juga adalah delivery provider bagi barang yang dihantar. Kebiasaannya terdapat terma-terma yang tertentu yang perlu dipatuhi oleh vendor-vendor untuk terus berniaga dalam marketplace quick commerce tersebut.
Quick commerce juga sering di-kenali sebagai ‘on demand’ juga.
Manakala ada juga quick-commerce yang wujud secara persendirian di mana pemilik bisnes tersebut mempunyai total control terhadap cara pembayaran, pengurusan penghantaran dan sebagainya.
Sebagai contoh adalah sistem Orderla.my, iaitu sebuat sistem pengambilan order terus ke WhatsApp, tetapi boleh juga di-settings untuk pengurusan order on-demand juga. Ia boleh diintegrasi dengan sistem payment gateway, sekarang ada 8 integrasi. Ia memberikan kebebasan oleh owner bisnes untuk memilih provider mana yang sesuai bagi mereka.
Seterusnya Orderla juga ada integrasi pengurusan penghantaran. Sama ada secara mudah atau lebih kompleks seperti menggunakan integrasi Google Maps. Sesuai untuk penghantaran sendiri. Orderla juga ada integrasi dengan sistem Delyva: ia mempunyai pelbagai on-demand delivery services seperti Lalamove, Bungkusit dan lain-lain.
Kita boleh lihat sistem Q-Commerce ini bakal melengkapkan ekosistem e-dagang dalam sistem online ini. Sebab kita lihat lebih ramai pelanggan yang inginkan penerimaan barang itu lebih cepat.