Monday 28 November 2022

November 2022

Bulan November 2022 telah mencatitkan sebuah sejarah baharu kepada negara Malaysia. 

Pada 19 November lepas, rakyat Malaysia telah memilih melalui Pilihan Raya Umum yang ke 15. Setelah keputusan diumumkan bloc parti yang menang terbesar adalah dari Pakatan Harapan dengan 82 kerusi. Diikuti dengan Perikatan Nasional (73 kerusi) dan Barisan Nasional dengan 30 kerusi.

Hal ini menyebabkan kita tidak dapat simple majority (atau bahasa lain nya majoriti mudah). Dengan ini, sesebuah kerajaan tidak dapat dibentuk. Seterusnya gugusan bloc ini diminta untuk berkerjasama dengan bloc-bloc yang lain untuk membentuk satu gabungan bloc yang boleh mencapai majoriti mudah dengan 114 kerusi.

Setelah berberapa hari rundingan, demi rundingan, berjumpa dengan YDP Di Pertuan Agong. Akhirnya YDP melantik ketua Pakatan Harapan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke - 10. Tarikh keramat ini berlaku pada 24 November 2022, selepas 4 hari PRU.

Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) telah menerima jawatan itu pada tarikh tersebut dan memulakan tugasan sebagai Perdana Menteri pada 25 November di Putrajaya (hari Jumaat) dengan berbusana baju Melayu lengkap.

Jika kita lihat jatuh bangun DSAI, beliau telah jatuh pada 24 tahun yang lalu setelah dipecat dan dimasukkan ke dalam penjara. Dengan kekuatan dari isteri dan anak-anak beliau, DSAI bersabar dan meneruskan perjuangan beliau sehingga menjadi Perdana Menteri pada hari ini.

Antara misi utama DSAI adalah untuk membantu rakyat Malaysia untuk berasa selesa dengan kos kehidupan sekarang. Selain itu, beliau juga ingin amalan rasuah dalam kerajaan dihapuskan sehabis-habisnya.

Marilah kita bersama untuk mendoakan kesejahteraan negara kita dengan pimpinan baharu ini untuk mengharungi badai golak cabaran pada masa akan datang.