Sunday 27 December 2020

#AdvancedMyDocumentFinale

Pada 26 - 27 Disember 2020 saya telah menghadiri online class #AdvancedMyDocument versi finale. Jika visit post pada Januari 2016 saya pernah juga attend kelas 'Seminar My Documents - Urus Bisnes Gaya Koprat'. Tup tup diberitahu kelas sebegitu adalah yang terakhir oleh syarikat Byond.

Berikut adalah intipati kelas ini 

- DOC. (Data - Observation - Change)

- Ilmu strategi (ilmu dalam kepala) vs ilmu teknikal (nampak depan mata)

- Bisnes ada up-to-date dan outdated

- Ego = 1/knowledge. lagi tinggi knowledge lagi humble.

- Orang yang berkira-kira dengan yuran kebijaksanaan akan terpaksa menanggung tingginya cukai kebodohan.

- Problem orang buat bisnes: i) uncertainty, ii) stuck iii) justify (lindungi diri jika buat salah)

- Perlukan guru dalam : i) motivasi & keberanian, ii) guru teknikal & operasi, iii) guru pengurusan & sistem, iv) guru agama dan kerohanian

- tidak salah belajar ilmu melangit tinggi tapi akhirnya kita mencari pembumian tindakkan.

- pendidikan formal tidak akan diganntikan. sebab ia adalah kelayakan. Contoh: doctor, engineer, lawyer dan lain-lain.

- kemahiran adalah actionable knowledge.

- "Fying pan" mindset. Set mindset yang besar untuk terima rezeki yang besar. 

- Gunakan database, contact balik customer yang pernah datang. 

- "orang yang sibuk bekerja biasanya tidak sempat berfikir", "orang yang banyak berfikir tidak sempat buat kerja"

- Modal bisnes: i) modal diri, ii) modal ilmu, iii) skill, iv) sosial, v) duit

Ada lagi detail lagi tapi akan di share di post berikutnya.

Terima kasih




Sunday 6 December 2020

Disember 2020

Bulan terakhir sebelum berakhirnya tahun 2020. 

Satu tahun yang tidak disangka-sangka akan berlaku.

Tapi cerdik pandai dah pernah memwacanakan perihal bakal berlaku pendemik sebegini berikutan pantasnya manusia boleh ke sana-sini dengan penerbangan yang serba mampu-milik.

Dan juga zoonatic virus ini pun seban kerakusan manusia yang nak makan haiwan ekzotik. Jadi ini lah akibatnya.

Kita sekarang menantikan vaksin, agar kita terlindung dari wabak yang merbahaya ini.

On the other side, bak kata KJ, pandemic ini telah accelerate the adoption of technology. Banyak sektor dah menjurus menggunakan teknologi bagi mengganti pertemuan fizikal.

Teknologi yang kritikal semestinya video teleconferencing. Zoom, Google Meet, Skype, Microsoft Team, Airmeet dan sebagainya dah booming semenjak lockdown ini. 

Robotik dan drone pun tak kurang rancaknya dengan kepenggunaan untuk surveliance dan automasi pengganti manusia. Sebab boleh mengelakan terdedahnya manusia kepada virus. Contohnya robot di hospital untuk menghantar makanan, atau untuk inspect pesakit.

Selain itu, keperluan teknologi untuk membeli belah secara maya juga meningkat. Di Malaysia sudah ada Lazada dan Shopee. Boleh tengok duopoli ini dalam landskap ecommerce Malaysia. 2 tempat tersebut adalah kawasan yang selalu dikunjungi oleh masyarakat kita bila nak bershopping online. Tempat lain bukan tak de, cuma sudah trend mereka jadi top-tier, jadi terlintas saja e-commerce nama mereka berdua yang mudah untuk diingat.

Tapi sebenarnya banyak saja ecommerce lain. Cumanya dari segi realibiti dan kredibiliti tu kena window shopping sendiri lah. Ada yang memang bagus, ada biasa dan ada yang suam-suam, dan ada yang tidak buat sales pun. Lebih teruk lagi ada yang scam. Jadi sebagai pengguna biasa ni memang lah takut risiko scam ni kan. Jadi top-tier tadi tu lah kita rasa macam tenang sikit.

Tapi kenapa ia menjadi tempat yang orang percaya? Salah satu nya ada lah sebab mereka hold dulu duit pelanggan, dan di releasekan lepas penghantaran dibuat. Jadi pembeli akan rasa selamat kalau ditipu pun duit akan dapat balik. Selain dari tu pembeli juga boleh chat dengan penjual untuk bertanyakan sesuatu.

Di landskap yang lain juga, terdapat lautan peniaga mikro, kecil dan sederhana yang menggunakan WhatsApp sebagai CTA untuk menerima tempahan mereka.

Mungkin ecommerce dah ada, tapi pelanggan ni memang suka nak WhatsApp dulu.

Jadi kes ini bukan lah, benda rekaan, benda betul, sebab kebanyakan masyarakat kita belum biasa sangat nak gunakan ecommerce. Sebab 'takut' kan gunakan sistem semata-mata. Takut kalau barang tak de. Takut kalau dah bayar sistem down. Takut kalau dah bayar tak dapat barang. Takut kena scam.

Jadi salah satu cara kita nak kurang kan risiko tersebut adalah menyapa dulu peniaga tu. Dalam context ini hantar WhatsApp lah.

Sama saja macam kita gi kedai. Kita nak tanya salesperson tu dulu. Saja nak tanya-tanya, tu ada ke ni ada ke? Ada diskaun ke?

Benda ni bagus, cuma bila dah banyak-banyak tanya ni macam tak efficient pula buat bisnes. Bisnes ni sebaiknya kena efisyen sebaik mungkin agak sales dapat diclose dengan cepat dan boleh naikan ROI kita. Itu yang sebaiknya. Tapi kalau dah melayan macam-macam, macam something wrong je kan?

Memperkenalkan Orderla.my. Mungkin ada yang dah tahu. Sistem ni hybrid ecommerce dengan conversation commerce. Di mana ia direka agar pembeli boleh rasai pengalaman macam ecommerce food panda / grab food tapi di hantar melalui WhatsApp agar boleh berkomunikasi dahulu dengan penjual sebelum melakukan transaksi.

Jadi ia menjadi langkah terakhir agar sales dapat masuk. Ia bukan lah automatik. Perlu di jaga juga pelanggan ini, tapi langkah nya sudah pendek. Segala info-info FAQ dah disediakan cuma tunggu pelanggan nak beli sahaja.

Memudahkan bukan?

Betul ia memang dah terbukti. Sistem ini dah memproses order dah telah dibayar menggunakan payment gateway sebanyak RM790 ribu sepanjang 8 bulan operasi Orderla.my ini. Jumlah orders pun dah melebihi 100ribu. Jadi memang orang menggunakan sistem ini untuk membeli.

Jadinya, Orderla.my ini adalah kesan positif bila berlakunya krisis sebegini. Ia menjadi pekara yang essential untuk manusia meneruskan kehidupan dengan cara lebih mudah. Baik untuk pembeli mahupun penjual.

Akhir kata, mungkin ada industri yang terimpak buruk dari pandemik ini, namun jika cepat adapt atau bersedia dengan kemungkinan sebegini mungkin kita boleh survive malahan stive lagi di masa hadapan.

Majulah teknologi untuk negara.