Sunday 28 March 2021

Orderla.my 1-year-old dibuka untuk Umum


 21 March 2020 adalah tarikh bersejarah Orderla.my di-open ke public.

Hari ni dah masuk 1 tahun. Merchants pula dah mencecah 6000 akaun.
Dari simple ordering form ke WhatsApp, sekarang dah boleh direct payment, dan dapat notifications order ke Orderla Admin mobile apps sendiri.
Walaupun baru 1 tahun baru masuk dalam dunia online commerce ni, nak share sikit 3 tips & tricks dalam developing & maintaining Orderla.my setakat ini:
1. Sales Team & Marketing:
Untuk syarikat small / medium ke atas ni, mereka ada sales team dan affiliate mereka sendiri membantu syarikat untuk menaikkan sales dengan lebih padu.
Orderla Plus membantu dengan boleh WhatsApp direct kepada specific person dengan add salesperson user id di belakang url. Selain itu, form juga boleh dihantar ke WhatsApp secara round-robbin (bergilir-gilir) juga kepada salesteam.
Selain itu integration dengan FB pixel juga penting untuk power user untuk buat analisa apabila mereka buat ads. Orderla ada letak tag-tag yang berkaitan bila end-user masuk form, masuk cart dan juga successfully purchase.
2. Inventori & Maintenance Mode Rechecking
Sebab nature of web ni, ia tidak real-time. Jadi any changes yang penjual buat ia tidak terupdate bila end-user dah load page tersebut.
Jadi on the latest Orderla update ni, form akan checking the current status of Maintenance Mode juga check on the current inventory jika masih boleh fulfill atau tidak.
3. Voice of Customers
Alhamdulillah setakat ini, pengguna 'Plus' semakin naik, churn rate menurun, pembeli yearly Plus pun meningkat on monthly basis. Tidak lupa, 'add-on' untuk enable 'pay now' juga terjual dengan baik.
Kita sentiasa mendengar apa yang customers ( basic atau pun plus ) yang perlu atau ada issue-issue yang sistem tidak optimize atau lompong-lompong yang ada.
Customers is basically everything for a SaaS platform.
And the platform should be able to help the customers to solve their problems. The metric I measure how well we can help the is by the number of orders are made.
So anything yang boleh membantu merchants generates sales, memang kita akan terus develop features tersebut.
Akhir kata, sistem Orderla ini tidak bertujuan untuk menjual data atau serve iklan bila ia free. Ia boleh free sebab maintance Ordering ke WhatsApp relatively rendah. Dan kita harap pengguna update ke Plus untuk boleh cover cost pengguna Basic lain dan juga generate revenue.
So basically kita nak bantu peniaga menjual melalui WhatsApp dan bila rasa Orderla ni useful enough lets update to Plus.
Dan for competitors yang baru dan lama, kita boleh keep on 'berlumba-lumba' untuk menghasilkan produk lebih
terbaik
untuk pengguna, so our industry can move forward.
Terima kasih!

Saturday 6 March 2021

Online Commerce


Secara luaran-nya ada dua bahagian besar:

1. System. Benda2 yang membantu dalam proses pembelian dan fulfillment.
2. Trust. Psikologi manusia untuk percaya menggunakan sistem tu.
Jika tiada dua-dua ni perjalanan commerce ini tidak akan berlaku.
1 —————- System
Ok, apa yang ada dalam sistem ni:
1. Sistem online store, cart system, ordering form, macam-macam dalam dunia ni. Dan ia juga termasuklah sistem ordering WhatsApp
Orderla.my
ni 😅. Termasuk juga mobile apps.
Kalau ada.
2. Payment system. Biasanya guna payment gateway, sebab sistem ni boleh mengesahkan pembayaran secara automatik, boleh automatekan sistem online store tersebut untuk update status pembayaran or generate resit. Yang penting sekali ia mudah dan selamat.
Kaedah lain, guna bank transfer, share resit. Tak lupa juga kes COD.
3. Warehouse / inventory system, untuk pastikan barang ada stock, or kalau tak cukup boleh back orderkan.
4. Delivery sistem sama ada parcel or on-demand (same day delivery). Merchant boleh order airwaybill or beli service penghantaran ni kepada customer.
5. Support / salesperson. Ia sama ada untuk support pembeli tu or actually membantu buat sales melalui conversation tu.
2 ————— Trust
Bahagian trust ni merupakan elemen terbesar untuk menjadikan online commerce ni ‘works’.
Macam mana nak bagi orang percaya untuk order dan bayar secara online tanpa melihat secara depan mata?
Banyak faktor sebenarnya, mungkin anda boleh share juga sebab lain-lain.
1. Brand. Adakah brand ni ada kredibiliti dan dipercayai ramai?
2. Online / social media presence. Adakah anda kenal penjual tersebut melalui media-media ni.
3. Trust on the system. Adakah sistem shopping tu nampak meyakinkan? Adakah design yang diguna pakai tu professional, atau biasa2 sahaja.
4. Review customer lain.
5. Communication channel dengan peniaga.
6. Advertising. Ads yang bagus memang ada impact kpd prospect, nampak kesungguhan peniaga tu.
Bahagian trust ni, sy nampak big online marketplace seperti Lazada & Shopee berkerja keras utk make sure pelanggan baru dan lama percaya dan terus bershopping dengan mereka.
Secara ringkas, nak mulakan online commerce ni panjang perjalannya tapi why not gunakan orderla.my untuk kick-off your online commerce journey 😁.