Saturday 6 March 2021

Online Commerce


Secara luaran-nya ada dua bahagian besar:

1. System. Benda2 yang membantu dalam proses pembelian dan fulfillment.
2. Trust. Psikologi manusia untuk percaya menggunakan sistem tu.
Jika tiada dua-dua ni perjalanan commerce ini tidak akan berlaku.
1 —————- System
Ok, apa yang ada dalam sistem ni:
1. Sistem online store, cart system, ordering form, macam-macam dalam dunia ni. Dan ia juga termasuklah sistem ordering WhatsApp
Orderla.my
ni 😅. Termasuk juga mobile apps.
Kalau ada.
2. Payment system. Biasanya guna payment gateway, sebab sistem ni boleh mengesahkan pembayaran secara automatik, boleh automatekan sistem online store tersebut untuk update status pembayaran or generate resit. Yang penting sekali ia mudah dan selamat.
Kaedah lain, guna bank transfer, share resit. Tak lupa juga kes COD.
3. Warehouse / inventory system, untuk pastikan barang ada stock, or kalau tak cukup boleh back orderkan.
4. Delivery sistem sama ada parcel or on-demand (same day delivery). Merchant boleh order airwaybill or beli service penghantaran ni kepada customer.
5. Support / salesperson. Ia sama ada untuk support pembeli tu or actually membantu buat sales melalui conversation tu.
2 ————— Trust
Bahagian trust ni merupakan elemen terbesar untuk menjadikan online commerce ni ‘works’.
Macam mana nak bagi orang percaya untuk order dan bayar secara online tanpa melihat secara depan mata?
Banyak faktor sebenarnya, mungkin anda boleh share juga sebab lain-lain.
1. Brand. Adakah brand ni ada kredibiliti dan dipercayai ramai?
2. Online / social media presence. Adakah anda kenal penjual tersebut melalui media-media ni.
3. Trust on the system. Adakah sistem shopping tu nampak meyakinkan? Adakah design yang diguna pakai tu professional, atau biasa2 sahaja.
4. Review customer lain.
5. Communication channel dengan peniaga.
6. Advertising. Ads yang bagus memang ada impact kpd prospect, nampak kesungguhan peniaga tu.
Bahagian trust ni, sy nampak big online marketplace seperti Lazada & Shopee berkerja keras utk make sure pelanggan baru dan lama percaya dan terus bershopping dengan mereka.
Secara ringkas, nak mulakan online commerce ni panjang perjalannya tapi why not gunakan orderla.my untuk kick-off your online commerce journey 😁.

No comments:

Post a Comment