Saturday, 13 February 2021

Orderla Dah mencapai lebih dari 5000 Merchants

Alhamdulillah, pada bulan 24 Januari lepas, Orderla dah melepasi 5000 jumlah peniaga berdaftar. Pada waktu sekarang sudah melepasi angka 5400 akaun.

Manakala nilai transaksi Orderla melalui payment gateway oleh pembeli kepada peniaga secara keseluruhannya telah melebili RM1juta. 

Hal ini membuktikan Orderla telah berjaya menarik semakin ramai orang untuk menjual melalui WhatsApp. 

Juga membuktikan lebih ramai orang juga menggunakan payment gateway untuk membuat bayaran. 

Orderla ni sebenarnya at first simple saja konsep dia, order ke WhatsApp. Cuma sistem ni nak push the boundaries of what we can achive more with many kind of integrations. Like... payment gateway.

Kita sebenarnya boleh jadi skeptikal bila buka website nak bayar directly, bila kita tak kenal lagi siapa yang menjual kan? Jadi kita bagi ruang untuk pembeli mengorder secara text kepada penjual. Dan kita juga boleh dapatkan confirmation daripada peniaga.

Tapi pada masa yang sama, pembeli juga boleh confirmkan apa yang mereka nak beli. 

So Win-win lah basically. Pembeli tahu dah nak beli apa, peniaga pun senang nak terima order dah boleh teruskan order.

Next step, boleh je gunakan online banking untuk bayar, kan? Yes. Tapi kena nanti kena verified pula, check dekat bank lah. Take time kan?

Tapi guna payment gateway ni, walaupun at first mungkin dengar menakutkan kan? Apa jadi kalau dah deduct duit tapi tak dapat reply, tak dapat response. Cuak kan?

Tapi since peniaga dan pembeli dah berhubung melalui WhatsApp, jika apa-apa berlaku mereka boleh berkomunikasi.

Whats next? Kita dah berjaya integrate delivery sistem Send Parcel untuk Pos Laju untuk seamlessly hantar information tentang parcel yang kita dapat order kepada sistem Send Parcel.

Dan seterusnya, ada beberapa lagi integration yang masih dalam pembangunan. Akan diberitahu pada masa akan datang. 

Nantikan update dari kami ya. Daftar di orderla.my.



No comments:

Post a comment