Sunday 26 April 2020

Orderla's Slow & Steady Update

Salam,

Alhamdulillah, setelah lebih sebulan Orderla.my dah dipasarkan di merata-rata tempat (di media sosial). Ia sudah dapat berkembanng dengan sendirinya. Yang menariknya beberapa restoran di Tamarind Square menggunakan nya dan meletakan link orderla di profile mereka. Terharu sungguh.

Terima kasih atas sokongan kalian.

Yang best nya adalah feature-feature yang kita bina khas untuk pengguna selepas mendapat feedback. Bukan semua kita akan buat, tapi percayalah apa yang kita buat dapat membantu mengsistemkan operasi pengorderan.

Drag-drop untuk re-ordering product feature was a long due. Saya dah start develop sejak februari tapi hanya dapat di siapkan hari ini. Ia perlu masa untuk belajar concept react's library beautiful-dnd dan cuba mengimplemtasikan nya.

Pada awalnya kita perlu tahu bagaimana hendak setup DragDropContext, Droppable dan Draggable.

Kemudian setelah berjaya drop, kita perlu update arrays kemudian update kepada database.

Saya rasa React ni kalau dibuat dengan betul ia agak robust, dan predictable. Mudah untuk kita develop.

Namun pada awalnya library tersebut agak complicated, tidak menjadi sahaja. Tapi saya terus mencuba sampai berjaya.

Ok, selain dari itu, beberapa features ringkas tapi penting juga dilaksanakan khusus untuk pengguna yang meminta bagaimana hendak memudahkan urusan mereka melalui sistem ini.

OK, itu sahaja dari saya. Saya harap sistem ini terus berkembang, dan dapat menjadi bisnes yang sustainable untuk masa akan datang. Terima kasih.


Friday 24 April 2020

Orderla.my & Salam Ramadhan

Salam, 

Setelah bertungkus lumus untuk menyiapkan Orderla.my dari versi boleh pakai sendiri kepada digunakan lebih 600+ pengguna dan belasan pengguna premium adalah satu pencapaian yang cukup mengujakan.

Ia bermula dari persoalan rakan menanyakan adakah ada satu platform untuk mengambil order ke Whatsapp? Ya jawapannya sudah ada, tapi tidak ready lagi.

Rakan tersebut sebenarnya hendak buat kaji selidik atau market research terhadap produk yang ingin mereka lancarkan. Jadi sebenarnya tool ini ada demandnya dan even boleh di-cas lagi.

Jadi dengan rasa yang berkobar-kobar, boleh juga kita memeriahkan lagi segment pengorderan di Malaysia ini kan.

Dalam tempoh 1-2 hari, Orderla.my di upgrade user experiencenya agar pembuatan form tidak janggal.

Kemudian wujud pelbagai permintaan seperti menambah-baik ordering system, memaparkan gambar pada item, payment gateway dan lain-lain. 

Hal ini membuatkan saya meluangkan beberapa masa untuk upgrade lagi sistem tersebut. Pada mulanya agar lebih ramai merasai pengalaman membuat form dengan lebih baik lagi.

Ya, saya berikan tool buat form ke Whatsapp ini secara percuma sahaja. Boleh buat duit dah.

Cuma, apakah model bisnes yang sesuai agar projek ini boleh terus sustain.

Perlukan premium features dan premium plan.

Hal ini membolehkan pengguna yang berkemampuan dan menggunakan untuk lebih mengoptimasikan sistem orderla.my ini. 

Plan premium orderla.my ini khusus untuk pengguna yang lebih advance, yang ada sales team, yang tahu guna payment gateway dan istimewanya boleh ditukar-tukar color theme.

Selain itu ada feature rahsia iaitu Telegram Bot. Ia masih belum lagi digunakan oleh pengguna premium ini lagi. 

Baiklah sekarang mengikut statistik kita ada 600+ seller berdaftar, 600+ forms jualan juga dan lebih 5700+ orders telah dibuat oleh pembeli.

Ia bukanlah satu benda yang datang dengan sendirinya, ada peristiwa-peristiwa yang menggerakkan saya untuk berkerja untuk menyiapkan project ke tahap Plus ini sebelum Ramadhan.

Sebagai hasilnya, ada sahaja yang melanggan plan plus setiap hari sejak pelancarannya. Syukur. Semoga projek orderla.my ini boleh sustain dan berkembang lebih pesat lagi agar membantu usahawan menjana sales yang tinggi di masa hadapan.

*** Akhir kalam selamat menyambut bulan Ramadhan kepada pembaca blog ini.

Sunday 12 April 2020

PKP di Malaysia & Orderla

Perintah Kawalan Pegerakan atau PKP adalah langkah kerajaan untuk membendung penularan wabak Covid-19 di Malaysia. Hal ini kerana kadar jangkitan penyakit dari virus tersebut berada pada kadar yang membimbangkan. Ia langkah penting untuk memastikan keperluan perubatan boleh menampung manusia yang menghidapi penyakit itu.

PKP juga memberi impak besar kepada ekonomi negara. Oleh yang demikian kerajaan juga memberikan inisiatif dan bantuan kepada sektor-sektor dan golongan yang berkeperluan.

Senang cerita banyak perkara lain juga terkesan akibat 'dominoes effects' ini.

Untuk retails dan penjaja di luar sana, memang tak boleh buka kedai. Kalau kedai makan tak pe lagi, tapi kena buat take away or delivery.

Jadi saya ada develop Orderla.my. Sistem Orderla.my ni, ia dapat memudahkan proses untuk customer pesan barangan kepada peniaga melaui Whatsapp.

Ia sudah dapat membantu ratusan peniaga untuk meng'online'kan bisnes mereka dengan mudah, dan dapat mengambil order ke Whatsapp mereka.