Saturday 19 September 2020

September 2020

Hari ini genap 5 bulan Orderla Plus dilancarkan, dan orang yang pertama masih terus melanggan untuk bulan ke 6. Terima kasih!

Dalam tempoh 2 bulan ini ada beberapa penambahbaikan besar untuk pengguna Orderla Plus. 

Sistem Inventori

Memudahkan peniaga untuk track berapa banyak stok yang tinggal. Dan dapat mengelakan terlebih pembelian. Penolakan stok berlaku secara automatik apabila pembeli sudah membayar menggunakan payment gateway. 

Boleh Edit Customer Info dan Order

Membolehkan peniaga edit balik order yang telah dibuat oleh pembeli. Hal ini berlaku apabila pembeli ingin mengubah fikiran sama ada ingin menambah atau mengurangkan kuantiti pembelian.

Integrasi dengan SendParcel

Ini agak menarik sebab kita boleh hantar maklumat dari sistem Orderla ke SendParcel dengan mudah. Cuma addkan API key pada sistem Orderla, dan form Orderla akan mengirakan kos cas penghantaran di dalam order invoice.

Kemudian seller boleh pesan parcel dari sistem Orderla dan teruskan pembelian di portal SendParcel dan boleh mencetaknya.

——

Itu sahaja nota tentang Orderla buat masa ini. Kita akan mencapai jumlah pengguna Orderla seramai 3000 merchant tak lama lagi.

Semoga Orderla.my boleh terus sukses dan membantu lebih ramai lagi usahawan yang menggunakan WhatsApp dalam perniagaan mereka.