Friday, 2 April 2021

1 April 2021, Happy Birthday Apple ke-45

Syarikat Apple telah tertubuh 45 tahun lalu, iaitu pada 1 April 1976.

Syarikat Apple dan pengasasnya Steve Jobs & Steve Wozniak telah memberi impak kepada dunia dan juga diri saya juga.

Banyak yang kita boleh belajar dari kisah pembangunan syarikat ini dari dulu yang ada jatuh naiknya, sehingga hari ini menjadi syarikat yang terbesar di dunia.


Bagaimana Ia Boleh Bermula 

Kemahuan Steve Jobs yang nak buat sebuah komputer yang boleh digunapakai oleh semua lapisan masyarakat, bukan sahaja oleh golongan tertentu sahaja.

Komputer boleh digunakan oleh ramai orang agar mereka boleh mencambahkan kreativiti mereka.


Bisnes Bermula

Bisnes bermula bila Steve Jobs berjaya yakinkan peniaga kedai alat komputer untuk memasarkan 'komputer' pertama mereka. Namun 'komputer' tidak lengkap.

Jadi seterusnya Steve Jobs plan untuk buat komputer yang lebih lengkap dan senang digunakan oleh orang biasa.

Selepas itu mereka berjaya mendapatkan pelabur budiman yang berpengalaman untuk melabur dalam venture mereka untuk menghasilkan impian mereka.


Esens Apple dan Steve Jobs

Apa yang boleh saya simpulkan di sini adalah Apple adalah syarikat yang mengutamakan User Experience.

Dan gabungan dengan high-quality dan high-price ini menjadikan ia syarikat pengeluar yang premium. 

Ya, barang mereka agak mahal, bergantung kepada kategori produk juga, ada yang mahal dan berbaloi ada yang mahal sebab dia adalah aksesori dan boleh dikatakan overprice. Hanya true Apple fan yang tidak kisah tentang wang mampu membeli barang tersebut. 


Kebangkitan Apple

Apple ni sebenarnya pernah mengalami waktu genting di mana syarikat tersebut hampir nak bankrap.

Boleh kata ia dikemudi oleh orang yang tidak begitu passionate dalam bidang personal computing & kreativiti. Juga teknologi mereka agak lapuk dan tidak berdaya saing.

Jadi Apple membawa balik Steve Jobs untuk mengemudi syarikat tersebut. Steve Jobs berjaya menanamkan apa essense / intipati perjuangan Apple. 

Apple adalah tentang kreativiti, menguasakan manusia melalui teknologi.

Apa pun cash-flow dan keuntungan adalah perkara yang penting bagi sesebuah syarikat.

Steve Jobs plan untuk hasilkan lineup komputer yang ringkas tapi mereka buat setiap produk tersebut yang terbaik pada setiap kelasnya.

Hasilnya produk mereka lebih focused dan kualiti meningkat seterusnya kepuasan pelanggan juga meningkat.

Apple terus menerus menghasilkan produk yang hot dan hype. Juga menghasilkan produk yang memberikan impak yang mendalam kepada society. 

Apple juga terus mempelajari bagaimana menguruskan supply chain dengan baik dan meningkatkan kualiti produk dengan tinggi. Mereka juga pakar dalam outsource perkilangan kepada pihak ketiga dalam keadaan yang baik.

Dari Komputer kepada Produk Konsumer

Apple asalnya adalah pengeluar komputer. Dan terus kekal sebagai pengeluar komputer.

Tapi sidenya juga, mereka menghasilkan peranti yang lebih kecil untuk tujuan harian. Atau boleh kata sebagai lifestyle product.

Produk konsumer terawal semasa era Steve Jobs adalah iPod.

iPod adalah sebuat produk yang hit dan dapat membantu Apple untuk memberi keuntungan yang hebat.

Juga ia boleh dikatakan sebagai 'splinter' product agar pembeli iPod juga merasa best dengan produk Apple dan ingin membeli produk Apple yang lain. Halo effect namanya.

Seterusnya Apple tidak berhenti berinovasi, sehingga bermula era iPhone pula.

iPhone adalah penyumbang terbesar kepada keuntungan Apple. 

iPhone boleh dikatakan keseinambungan kepada iPod. Seperti iPod yang bergabung dengan telefon.

Tapi boleh juga melayari internet, membalas email dan agak future-proof. Zaman tersebut dia saing-saing dengan Blackberry.

Oleh kerena iPhone ni memberikan UX yang agak lain dari yang lain menyebabkan ia agak hype.

Hype saja tidak cukup, Apple terus menerus menambah baik iPhone dengan displin yang bagus, dan memperbaharuinya setiap tahun tanpa gagal. 

Mereka memperbaharuinya setiap tahun dengan cukup excitement agar lebih ramai boleh memiliki iPhone tersebut.

Ya, stratergi tersebut amat berjaya sekali.

Sekarang & Masa Depan

Displin untuk menambahbaik produk adalah sifat Apple yang wajar dicontohi. 

Sekarang Apple dah ada chip pemprosesan sendiri untuk komputer Mac nya. Boleh kata sejarah juga setelah 44 tahun kan.

Bukan senang kan nak buat chip ni.

Dan Apple Chip ni (siri M1 dan seterusnya) juga direview positif. Saya juga menggunakan Apple Mac mini dengan M1, untuk menulis artikel ini.

Dengan menghasilkan jantung komputer itu sendiri, dijangkakan akan terhasilnya inovasi yang lebih dramatik pada masa akan datang. 

Mungkin robot yang dikuasakan oleh Apple Chip kan, siapa tahu.

Komputer bukan sahaja dah ada pada jam nanti akan lebih embedded dengan manusia seperti cermin mata malah diletakkan pada kepada untuk membaca minda kita!

Juga Apple boleh discover industri automotif juga dengan memberikan lebih computing power pada mesin tersebut.


OK itu sahaja nukilan hari ini tentang Apple yang ke-45 tahun. Selamat hari lahir kompeni Apple!












Sunday, 28 March 2021

Orderla.my 1-year-old dibuka untuk Umum


 21 March 2020 adalah tarikh bersejarah Orderla.my di-open ke public.

Hari ni dah masuk 1 tahun. Merchants pula dah mencecah 6000 akaun.
Dari simple ordering form ke WhatsApp, sekarang dah boleh direct payment, dan dapat notifications order ke Orderla Admin mobile apps sendiri.
Walaupun baru 1 tahun baru masuk dalam dunia online commerce ni, nak share sikit 3 tips & tricks dalam developing & maintaining Orderla.my setakat ini:
1. Sales Team & Marketing:
Untuk syarikat small / medium ke atas ni, mereka ada sales team dan affiliate mereka sendiri membantu syarikat untuk menaikkan sales dengan lebih padu.
Orderla Plus membantu dengan boleh WhatsApp direct kepada specific person dengan add salesperson user id di belakang url. Selain itu, form juga boleh dihantar ke WhatsApp secara round-robbin (bergilir-gilir) juga kepada salesteam.
Selain itu integration dengan FB pixel juga penting untuk power user untuk buat analisa apabila mereka buat ads. Orderla ada letak tag-tag yang berkaitan bila end-user masuk form, masuk cart dan juga successfully purchase.
2. Inventori & Maintenance Mode Rechecking
Sebab nature of web ni, ia tidak real-time. Jadi any changes yang penjual buat ia tidak terupdate bila end-user dah load page tersebut.
Jadi on the latest Orderla update ni, form akan checking the current status of Maintenance Mode juga check on the current inventory jika masih boleh fulfill atau tidak.
3. Voice of Customers
Alhamdulillah setakat ini, pengguna 'Plus' semakin naik, churn rate menurun, pembeli yearly Plus pun meningkat on monthly basis. Tidak lupa, 'add-on' untuk enable 'pay now' juga terjual dengan baik.
Kita sentiasa mendengar apa yang customers ( basic atau pun plus ) yang perlu atau ada issue-issue yang sistem tidak optimize atau lompong-lompong yang ada.
Customers is basically everything for a SaaS platform.
And the platform should be able to help the customers to solve their problems. The metric I measure how well we can help the is by the number of orders are made.
So anything yang boleh membantu merchants generates sales, memang kita akan terus develop features tersebut.
Akhir kata, sistem Orderla ini tidak bertujuan untuk menjual data atau serve iklan bila ia free. Ia boleh free sebab maintance Ordering ke WhatsApp relatively rendah. Dan kita harap pengguna update ke Plus untuk boleh cover cost pengguna Basic lain dan juga generate revenue.
So basically kita nak bantu peniaga menjual melalui WhatsApp dan bila rasa Orderla ni useful enough lets update to Plus.
Dan for competitors yang baru dan lama, kita boleh keep on 'berlumba-lumba' untuk menghasilkan produk lebih
terbaik
untuk pengguna, so our industry can move forward.
Terima kasih!

Saturday, 6 March 2021

Online Commerce


Secara luaran-nya ada dua bahagian besar:

1. System. Benda2 yang membantu dalam proses pembelian dan fulfillment.
2. Trust. Psikologi manusia untuk percaya menggunakan sistem tu.
Jika tiada dua-dua ni perjalanan commerce ini tidak akan berlaku.
1 —————- System
Ok, apa yang ada dalam sistem ni:
1. Sistem online store, cart system, ordering form, macam-macam dalam dunia ni. Dan ia juga termasuklah sistem ordering WhatsApp
Orderla.my
ni 😅. Termasuk juga mobile apps.
Kalau ada.
2. Payment system. Biasanya guna payment gateway, sebab sistem ni boleh mengesahkan pembayaran secara automatik, boleh automatekan sistem online store tersebut untuk update status pembayaran or generate resit. Yang penting sekali ia mudah dan selamat.
Kaedah lain, guna bank transfer, share resit. Tak lupa juga kes COD.
3. Warehouse / inventory system, untuk pastikan barang ada stock, or kalau tak cukup boleh back orderkan.
4. Delivery sistem sama ada parcel or on-demand (same day delivery). Merchant boleh order airwaybill or beli service penghantaran ni kepada customer.
5. Support / salesperson. Ia sama ada untuk support pembeli tu or actually membantu buat sales melalui conversation tu.
2 ————— Trust
Bahagian trust ni merupakan elemen terbesar untuk menjadikan online commerce ni ‘works’.
Macam mana nak bagi orang percaya untuk order dan bayar secara online tanpa melihat secara depan mata?
Banyak faktor sebenarnya, mungkin anda boleh share juga sebab lain-lain.
1. Brand. Adakah brand ni ada kredibiliti dan dipercayai ramai?
2. Online / social media presence. Adakah anda kenal penjual tersebut melalui media-media ni.
3. Trust on the system. Adakah sistem shopping tu nampak meyakinkan? Adakah design yang diguna pakai tu professional, atau biasa2 sahaja.
4. Review customer lain.
5. Communication channel dengan peniaga.
6. Advertising. Ads yang bagus memang ada impact kpd prospect, nampak kesungguhan peniaga tu.
Bahagian trust ni, sy nampak big online marketplace seperti Lazada & Shopee berkerja keras utk make sure pelanggan baru dan lama percaya dan terus bershopping dengan mereka.
Secara ringkas, nak mulakan online commerce ni panjang perjalannya tapi why not gunakan orderla.my untuk kick-off your online commerce journey 😁.

Saturday, 13 February 2021

Orderla Dah mencapai lebih dari 5000 Merchants

Alhamdulillah, pada bulan 24 Januari lepas, Orderla dah melepasi 5000 jumlah peniaga berdaftar. Pada waktu sekarang sudah melepasi angka 5400 akaun.

Manakala nilai transaksi Orderla melalui payment gateway oleh pembeli kepada peniaga secara keseluruhannya telah melebili RM1juta. 

Hal ini membuktikan Orderla telah berjaya menarik semakin ramai orang untuk menjual melalui WhatsApp. 

Juga membuktikan lebih ramai orang juga menggunakan payment gateway untuk membuat bayaran. 

Orderla ni sebenarnya at first simple saja konsep dia, order ke WhatsApp. Cuma sistem ni nak push the boundaries of what we can achive more with many kind of integrations. Like... payment gateway.

Kita sebenarnya boleh jadi skeptikal bila buka website nak bayar directly, bila kita tak kenal lagi siapa yang menjual kan? Jadi kita bagi ruang untuk pembeli mengorder secara text kepada penjual. Dan kita juga boleh dapatkan confirmation daripada peniaga.

Tapi pada masa yang sama, pembeli juga boleh confirmkan apa yang mereka nak beli. 

So Win-win lah basically. Pembeli tahu dah nak beli apa, peniaga pun senang nak terima order dah boleh teruskan order.

Next step, boleh je gunakan online banking untuk bayar, kan? Yes. Tapi kena nanti kena verified pula, check dekat bank lah. Take time kan?

Tapi guna payment gateway ni, walaupun at first mungkin dengar menakutkan kan? Apa jadi kalau dah deduct duit tapi tak dapat reply, tak dapat response. Cuak kan?

Tapi since peniaga dan pembeli dah berhubung melalui WhatsApp, jika apa-apa berlaku mereka boleh berkomunikasi.

Whats next? Kita dah berjaya integrate delivery sistem Send Parcel untuk Pos Laju untuk seamlessly hantar information tentang parcel yang kita dapat order kepada sistem Send Parcel.

Dan seterusnya, ada beberapa lagi integration yang masih dalam pembangunan. Akan diberitahu pada masa akan datang. 

Nantikan update dari kami ya. Daftar di orderla.my.



Sunday, 10 January 2021

2021 & Sambungan 2020

Salam semua, semoga dalam keadaan yang baik dan penuh semangat untuk tahun 2021 ni.

Guys, 2020 bukan tahun yang kita expect macam mana dia jadi. Masalah covid-19 ni start pada akhir tahun 2019, dan mula memberi kesan kepada dunia pada tahun 2020, dan kita tidak tahu bagaimana keadaan ini bakal reda atau sebaliknya untuk tahun 2021 ini. 

Sekarang kita baru dalam bulan Januari 2021, tapi nampaknya kes orang yang terkena jangkitan covid-19 sudah meningkat berganda dari sebelum ini.

Memang vaksin sudah nampak cahaya, tapi penambahan drastik ini juga membimbangkan dunia. Di tambah lagi dengan mutasi virusnya di UK.

OK. Jika kita pakai topi sebagai ahli kesihatan, memang kita akan memberikan nasihat untuk kekal selamat di rumah. Tapi, jika sebagai ahli perniagaan, penggerak ekonomi masyarakat, kita tak harus berduduk diam. Ambil tindakan. PKP mungkin bakal diumumkan, dan ia adalah buat kali ke tiga.

Bisnes tujuan nya adalah untuk menyelesaikan masalah. Jadi buat-lah benda yang dapat menyelesaikan masalah manusia yang disebabkan situasi semasa. 

Apa masalah yang bakal di hadapi bila perlu duduk rumah:

- Boring duduk rumah. Jadi orang perlukan hiburan.

- Lapar duduk rumah. Jadi orang perlukan makanan. Makanan tu perlu boleh cepat dihantar. Makanan tu boleh cepat dan senang di bawa oleh rider. Ready to eat food.

- Boring dan lapar duduk rumah. Jadi orang nak jadi konon-konon chef, orang nak masak sendiri tapi tak berapa reti sangat resipi. Jadi makanan yang ready to cook tu bagus untuk mereka buat.

- Boring dengan rumah. Bila lama duduk rumah, dah start akan rasa bosan dengan keadaan rumah. Di sini datangnya keperluan untuk mengubahsuai rumah. Keperluan untuk perkemaskan rumah, percantikkan rumah, tambah perabot yang best-best. Dah duduk rumah lama-kan?

- Kereta dah lama tak gerak, kereta kotor. Jadi perlu nya alat untuk kita mudah basuh kereta.

- Dah dekat rumah macam mana nak kerja? Panjang jawapan ni, tapi secara ringkas nya teknologi. Teknologi ni dah excelerate dah sejak 2020 ni. Jadi 2021 ni adalah tahun macam expension bagi industry players ni.

- Peniaga susah nak buat jualan fizikal. Cara paling mudah nak mengonlinekan bisnes anda anda adalah dengan buat borang form ke WhatsApp dengan sistem Orderla.my. Tak kisah dari bidang mana pun, fnb, runcit, servis,  ok je. Dari situ boleh buat form ke WhatsApp atau ordering terus ke payment gateway pun boleh. Siap ada mobile app lagi. 

Dah lebih 4500 merchants dah ada dengan jualan lebih RM900k (yang menggunakan payment gateway), pastinya boleh bantu bisnes anda juga terbang online. 

Apa lagi guys, boleh buat free account with no limited time. Cipta akaun di https://orderla.my