Syarikat Apple telah tertubuh 45 tahun lalu, iaitu pada 1 April 1976.
Syarikat Apple dan pengasasnya Steve Jobs & Steve Wozniak telah memberi impak kepada dunia dan juga diri saya juga.
Banyak yang kita boleh belajar dari kisah pembangunan syarikat ini dari dulu yang ada jatuh naiknya, sehingga hari ini menjadi syarikat yang terbesar di dunia.
Bagaimana Ia Boleh Bermula
Kemahuan Steve Jobs yang nak buat sebuah komputer yang boleh digunapakai oleh semua lapisan masyarakat, bukan sahaja oleh golongan tertentu sahaja.
Komputer boleh digunakan oleh ramai orang agar mereka boleh mencambahkan kreativiti mereka.
Bisnes Bermula
Bisnes bermula bila Steve Jobs berjaya yakinkan peniaga kedai alat komputer untuk memasarkan 'komputer' pertama mereka. Namun 'komputer' tidak lengkap.
Jadi seterusnya Steve Jobs plan untuk buat komputer yang lebih lengkap dan senang digunakan oleh orang biasa.
Selepas itu mereka berjaya mendapatkan pelabur budiman yang berpengalaman untuk melabur dalam venture mereka untuk menghasilkan impian mereka.
Esens Apple dan Steve Jobs
Apa yang boleh saya simpulkan di sini adalah Apple adalah syarikat yang mengutamakan User Experience.
Dan gabungan dengan high-quality dan high-price ini menjadikan ia syarikat pengeluar yang premium.
Ya, barang mereka agak mahal, bergantung kepada kategori produk juga, ada yang mahal dan berbaloi ada yang mahal sebab dia adalah aksesori dan boleh dikatakan overprice. Hanya true Apple fan yang tidak kisah tentang wang mampu membeli barang tersebut.
Kebangkitan Apple
Apple ni sebenarnya pernah mengalami waktu genting di mana syarikat tersebut hampir nak bankrap.
Boleh kata ia dikemudi oleh orang yang tidak begitu passionate dalam bidang personal computing & kreativiti. Juga teknologi mereka agak lapuk dan tidak berdaya saing.
Jadi Apple membawa balik Steve Jobs untuk mengemudi syarikat tersebut. Steve Jobs berjaya menanamkan apa essense / intipati perjuangan Apple.
Apple adalah tentang kreativiti, menguasakan manusia melalui teknologi.
Apa pun cash-flow dan keuntungan adalah perkara yang penting bagi sesebuah syarikat.
Steve Jobs plan untuk hasilkan lineup komputer yang ringkas tapi mereka buat setiap produk tersebut yang terbaik pada setiap kelasnya.
Hasilnya produk mereka lebih focused dan kualiti meningkat seterusnya kepuasan pelanggan juga meningkat.
Apple terus menerus menghasilkan produk yang hot dan hype. Juga menghasilkan produk yang memberikan impak yang mendalam kepada society.
Apple juga terus mempelajari bagaimana menguruskan supply chain dengan baik dan meningkatkan kualiti produk dengan tinggi. Mereka juga pakar dalam outsource perkilangan kepada pihak ketiga dalam keadaan yang baik.
Dari Komputer kepada Produk Konsumer
Apple asalnya adalah pengeluar komputer. Dan terus kekal sebagai pengeluar komputer.
Tapi sidenya juga, mereka menghasilkan peranti yang lebih kecil untuk tujuan harian. Atau boleh kata sebagai lifestyle product.
Produk konsumer terawal semasa era Steve Jobs adalah iPod.
iPod adalah sebuat produk yang hit dan dapat membantu Apple untuk memberi keuntungan yang hebat.
Juga ia boleh dikatakan sebagai 'splinter' product agar pembeli iPod juga merasa best dengan produk Apple dan ingin membeli produk Apple yang lain. Halo effect namanya.
Seterusnya Apple tidak berhenti berinovasi, sehingga bermula era iPhone pula.
iPhone adalah penyumbang terbesar kepada keuntungan Apple.
iPhone boleh dikatakan keseinambungan kepada iPod. Seperti iPod yang bergabung dengan telefon.
Tapi boleh juga melayari internet, membalas email dan agak future-proof. Zaman tersebut dia saing-saing dengan Blackberry.
Oleh kerena iPhone ni memberikan UX yang agak lain dari yang lain menyebabkan ia agak hype.
Hype saja tidak cukup, Apple terus menerus menambah baik iPhone dengan displin yang bagus, dan memperbaharuinya setiap tahun tanpa gagal.
Mereka memperbaharuinya setiap tahun dengan cukup excitement agar lebih ramai boleh memiliki iPhone tersebut.
Ya, stratergi tersebut amat berjaya sekali.
Sekarang & Masa Depan
Displin untuk menambahbaik produk adalah sifat Apple yang wajar dicontohi.
Sekarang Apple dah ada chip pemprosesan sendiri untuk komputer Mac nya. Boleh kata sejarah juga setelah 44 tahun kan.
Bukan senang kan nak buat chip ni.
Dan Apple Chip ni (siri M1 dan seterusnya) juga direview positif. Saya juga menggunakan Apple Mac mini dengan M1, untuk menulis artikel ini.
Dengan menghasilkan jantung komputer itu sendiri, dijangkakan akan terhasilnya inovasi yang lebih dramatik pada masa akan datang.
Mungkin robot yang dikuasakan oleh Apple Chip kan, siapa tahu.
Komputer bukan sahaja dah ada pada jam nanti akan lebih embedded dengan manusia seperti cermin mata malah diletakkan pada kepada untuk membaca minda kita!
Juga Apple boleh discover industri automotif juga dengan memberikan lebih computing power pada mesin tersebut.
OK itu sahaja nukilan hari ini tentang Apple yang ke-45 tahun. Selamat hari lahir kompeni Apple!
No comments:
Post a Comment