Thursday 6 May 2021

May 2021

Dah masuk May dah kita dalam tahun 2021 ni. Juga dah masuk PKP yang ke 3 bagi sesetengah daerah di Selangor.

Amacam, cepat je masa berlalu kan? Semoga anda boleh adapt dengan keadaan tiba-tiba PKP ni. 

Cepat je masa berlalu, Orderla pun dah lepas 1 tahun, dan jualan merchants Orderla melalui payment gateway juga dah melepasi angka RM2juta. 

Boleh tahan juga Orderla membantu mereka buat jualan :D

Apa update Orderla sepanjang bulan April 2021. 

Bila dah masuk bulan Ramadhan ni kami banyak menambah baik dari segi UI/UX :

- Penambahbaikan UI untuk admin order. Sekarang dah dalam bentuk 2 column, lebih banyak maklumat boleh dilihat dalam satu screen.

- Status order & status pembayaran kini dalam bentuk pill berwarna mengikut status

- Boleh lihat berat di invoice, order page admin

- Boleh set WhatsApp template, memudahkan anda nak follow up customer melalui WhatsApp

- Ada fungsi Send Quick Feedback di dashboard anda.

- QR code Orderla lebih hitam agar lebih baik untuk di-print dan di scan.

- Paling penting juga, internal improvement bila orang bayar melalui Payment Gateway, sistem Orderla kini update status dan tolak inventori sebaik sahaja pelanggan anda membayar. ( untuk Toyyibpay, Billplz, SenangPay & Bizappay ) 

- Kupon kini ada expiry date & time.

Sehingga berjumpa lagi di bulan depan. 

Salam Ramadhan & Salam Aidilfitri. Maaf lahir dan batin.


No comments:

Post a Comment