Tuesday, 27 December 2022

Selamat Tinggal 2022, Selamat Datang 2023

Sudah hampir genap 3 tahun Orderla sudah beroperasi. 

Pelbagai rintangan dan cabaran telah dihadapi sepanjang menjayakan platform ringkat lagi simple untuk rakyat marhaen untuk membina order form yang boleh dihantar ke WhatsApp. 


Jika anda tidak tahu, Orderla tiada tempoh masa untuk plan BASIC, jadi anda boleh mengwar-warkan link pesanan anda tanpa risau jika link tersebut dimatikan.


Walau yang demikian ianya masih selamat untuk pembeli kerana mereka akan melalui WhatsApp sebelum membuat pembayaran. 


Jika merchant tidak aktif, peniaga tidak boleh dibayar secara payment gateway. Jadi pembeli wajar untuk menunggu pengesahan peniaga. 


Untuk tempoh 3 tahun Orderla beroperasi, apa yang telah kami pelajari: 


i. Persediaan untuk menghadapi keperluan semasa. 


Semasa tempoh pandemik yang lepas, peniaga micro dan kecil dalam negara berdepan dengan masalah untuk menguruskan tempahan secara WhatsApp. Orderla dilancarkan tepat pada waktu keperluan ini meningkat. Selain daripada itu, bertepatan dengan servis yang bersesuaian dengan masa itu, pelbagai pihak telah mencuba dan menwar-warkan servis ini. Ini menjadikan servis Orderla dikenali ramai, dicuba oleh peniaga dan ramai juga yang menyukai sistem ini.


Sistem ini tidak dibuat semasa pandemik, tetapi telah mula diusahakan pada awal tahun 2020 untuk mencuba membina ordering management sistem secara mudah dan dihantar terus kepada WhatsApp. 


Untuk masa hadapan kami juga bersedia untuk mengembangkan lagi perkhidmatan Orderla ke vertikal yang lain juga. Nanti dah ready nanti kami akan umumkan.


ii. Keperluan Teknikal Amat Penting


Keperluan teknikal dalam pembangunan sistem ini semestinya sangat penting agar sistem ini terus dapat beroperasi.


Selain dari kami ada berberapa rakan industri yang berkembang pada waktu pandemik. Untuk menjadi lebih kompetitif kami terus membangunkan fitur-fitur yang terbaru mengikut kehendak dan keperluan semasa. Sebenarnya ‘taste’ masyarakat kita adalah tinggi dan kita perlu raikannya. 


Banyak fungsi-fungsi yang diusulkan oleh pengguna kami. Dan sebolehnya kami akan penuhi pemintaan mereka, jika dirasakan berpatutan. Jika ia dibatasi dengan halangan teknikal, kami akan terus membuat kajian dan pembangunan.


Untuk tahun ini, kami telah menambah baik pengendalian storan kami kepada menggunakan ‘block’ storage. Ini secara langsung akan mengurangkan kos server kami apabilia pengguna menggunakan storan. Terutamanya untuk pelan basic, sebolehnya kami ingin mengurangkan kos storan tanpa menjejaskan terus kepenggunaan pengguna.


Jika dilihat pada tahun lepas, kami juga pernah kena serangan DDoS (salah satu serangan siber). Perkara itu dapat kami hadapi dengan bertanyakan kepada konsultan dan rakan-rakan yang pakar dalam hal tersebut. Boleh kata dunia ini kejam juga tapi itulah realitinya. Kita perlu terus tahu untuk bertahan. 


iii. Keep Up to Date


Ya Orderla mungkin dalam fasa yang agak mendatar selepas tempoh pandemik. Ia sebenarnya nak menuju ke arah ‘maturation’ atau kematangan market.


Dengan kehendak pasaran juga berubah, pesaing-pesaing pun semakin hebat, kami pun perlu Keep Up to Date juga.


Sebenarnya saban hari kami melakukan R&D untuk improve servis kami. Ianya sama ada secara langsung atau tidak. Tapi banyak benda yang terlah dilakukan alam experimen kami cuma mungkin belum ready untuk dilepaskan kepada umum lagi.


iv. Menyertai Beberapa Accelerator


Untuk rekod, kami mengikuti 2 accelerator iaitu Teraju Superb pada tahun 2021 dan Selangor Accelerator Program (SAP) pada tahun 2022. 


Baik, itulah dia 3 perkara yang kami belajar sepangjang mengendalikan sistem Orderla ini. Semoga kita semua di berikan rezeki untuk terus berkhidmat kepada masyarakat dan seterusnya dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Akhir kata selamat tahun baru 2023, semoga tahun hadapan dilimpahkan dengan rezeki yang tidak disangka-sangka. Amiin.