Untuk penghujung 2015 dan awal tahun 2016 saya ada mengambil course online di Udemy untuk belajar bagai mana nak buat website Wordpress dan menggunakan Bootstrap.
Sebelum ini ada sentuh perkara tersebut tetapi lebih kepada cuba-cuba. Tapi kalau belajar dari someone yang hebat, nampaknya pemahaman dan aplikasi tu akan jadi lebih pantas. Betul guru yang bagus, boleh membantu pelajar menjadi lebih berjaya. Guru yang hebat tu di'online'kan dapat membantu pelbagai jenis orang di pelbagai tempat.
Saya belum lagi menghabiskan course tersebut, dalam 70% namun baru-baru ini telah belajar tentang core element dalam Wordpress di mana saya rasa kan ia amat membantu dalam memaintain kan website.
Ya ini adalah
website iReka Soft yang di upgrade wajahnya. Versi ke berapa, versi yang ke 2016. Maaf tiada version jenis 1.0, 2.0. Ia diupdate mengikut perubahan bisnes dan iklim sesuatu kawasan.
Jadi, apa yang barunya?
• Wajah hadapan yang ala Apple, cuba tengok website Apple, ada gambar hero, dan juga sub category kat bawah tu ada 4. Saya tak tiru 100%, tapi lebih kepada konsepnya. Ada gambar produk utama, dan perkara-perkara yang menyokongnya. So untuk website ini, dibuat hero (gambar utama) adalah devices. Sebab kami memang develop apps untuk devices tersebut, dan ia lebih universal, boleh diguna pakai lebih lama, kalau malas nak update.
• News letter ni integrate dengan mailing list. Akan keluar pop-up bila tekan butang subscribe to mailing list bawah 4 apps.
• Secara back-end juga di pertingkatkan, sebab baru belajar Wordpress, dia boleh dicusomize kan look and feed the first page kita. Boleh tengok gambar bawah. Homepage ni boleh di-edit secara itemize. Ia sebenarnya lebih fokus dan tersusun berbanding edit menggunakan page editor biasa. Sebab kita dah specify gambar mana yang nak ubah, tag line dan link. Juga featured 4 apps juga boleh di ubah suai dengan mudah hanya tukar gambar dari panel dashboard.
• Di laman produk ada link ke # bookmark. Ini memudahkan pengguna untuk jump dari platform yang dikehendakinya tanpa skroll ke bawah. Webpage ini boleh kata kami start dari iOS apps sahaja, kemudian tambah Android, kemudian tambah Mac App, kemudian Apple TV dan Mobile (crossplatform iOS dan Android). Kategori tersebut sekarang jadi 5. Kami letakkan mobile paling atas sebab, pelawat mungkin mempunyai salah satu dari device iPhone atau Android, jadi lebih fleksible untuk mereka memuat turun aplikasi.
• Halaman detail app. Dekat sini tiada yang baru, cuma nak highlightkan dia tempat untuk dapatkan lebih informasi dan pautan ke App Store.
• Page lain yang ada Services, About dan Contact. Lebih banyak kepada edit copy dalam pages tersebut. Make sure informasi kekal uptodate.
Ok, baik dalam banyak masa kami lebih kepada app development, kami tak lupakan website design dan backend. Nampak macam remeh tapi penting juga, sebab kami bermula dari belajar pengaturcaraan web PHP, jadi tak mahu dia berkarat kami gunakannya. Dan kami juga menawarkan rakan-rakan untuk membuat website mereka pada kadar yang berpatutan. Website ni kami fokus untuk membangunkan jenama masuk dalam talian, jadi lebih mudah untuk dicari. Marketing brand.
Itu serba sedikit tentant iRekaSoft.com 2016, well versi 1.0 untuk tahun ini, ada beberapa feature yang ingin ditambah seperti blog. Saya nak coretkan sedikit sebanyak tips-dan-code untuk membangunkan apps iOS dan Android. Tapi nak pastikan blog tersebut optimized dan cantik untuk tujuan programming blogging. Jadi nantikan nya, dan boleh like kami di
facebook.com/irekasoft, dan boleh marah/tegur kami untuk nak kami buat blog itu dengan cepat.
Akhir kata, sekarang dah pertengahan bulan Mac 2016, sekejap sahaja kan. Kita tak nak sia-siakan kebolehan dan kepakaran kita ni, dan kita terus belajar pelbagai perkara yang bermanfaat. Jom jadi pintar.
#Visit
iRekaSoft.com