Dewasa ini kita sering di dengarkan tentang cerita inflasi. Namun tahukah anda, apa itu inflasi. Secara umumnya ia bermaksud kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Sebagai analogi dengan jumlah duit yang sama, barang yang boleh di beli pada masa dulu adalah lebih banyak dari pada barang yang boleh dibeli pada zaman sekarang.
Contoh tahun 1970, kita boleh membeli 4 cawan teh pada harga RM1. Namun kini kita hanya boleh membeli setengah cawan teh sahaja dengan harga RM1.
Apakah punca-punca inflasi:
1> Demand-pulled inflation. Barangan berkurangan, kemudian permintaan tinggi. Orang akan berebut, harga akan naik.
2> Cost-push inflation. Kos barang naik. Contoh: oleh sebab gaji minimum telah naik walhal sales tidak naik menyebabkan kos operasi meningkat, seterusnya menyebabkan kenaikan harga barang.
3> Monetary inflation. Bila mana kerajaan print duit banyak sangat.
Apabila ketiga-tiga perkara berlaku secara serentak maka hyperinflation akan terjadi.
Kesan perang Rusia dan Ukraine juga boleh dilihat serius kerana kedua-dua negara tersebut adalah pengeksport utama gandum. Gandum ini digunakan untuk membuat roti, juga dedak untuk makanan ayam. Oleh sebab ia ada efek ‘snowball’ terhadap rantainan pembuatan, kos barang-barang lain juga akan meningkat antara 30 ke 50 peratus.
Apakah impak apabilia berlaku hyperinflasi ini.
Orang akan cari kerja ekstra. Orang yang pada gaji yang sama tapi komitmen yang lebih tinggi akan berasa lebih stress, mereka akan mencari kerja ekstra untuk menampung perbelanjaan mereka.
Peniaga akan mahu kurang bergantung kepada manusia dan beralih kepada sistem dan robot.
Tuntasnya, hyperinflation bukanlah perkara yang kita semua inginkan berlaku tapi ia adalah realiti yang perlu kita tempuhi. Ingatlah rule dalam economic cycle: benda yang jatuh pasti akan naik kembali.
No comments:
Post a Comment