Tuesday, 15 May 2018

PRU14, QS and AR

Salam guys,

So hari ni saya nak tulis in BM, Bahasa Melayu. Semperna PRU14 ni, rakyat Malaysia, umumnya, amat bergembira dengan pembaharuan Malaysia #MalaysiaBaru. Ya, tuan-tuan, kita sememangnya amat bertuah di bumi bertuah ini tetapi jika ditadbir oleh orang lebih berwibawa pastinya lebih bertuah tanah tumpah darah kita ini. Betul ke betul?

Marilah kita berganding bahu untuk mebina diri, keluarga, bangsa, agama dan neraga yang lebih gemilang, cermerlang dan terbilang. Kita sama-sama mainkan peranan dengan apa kelebihan yang kita miliki. Kita semua ada kelebihan masing-masing, asah ia, jadikan ia sebagai satu kekuatan dan seterusnya menjadi unfair advantage kita untuk menempuh masa-masa sekarang dan akan datang. Kalau belum jumpa lagi tu, cari lagi bro.

QS, sedar tak sedar dah nak masuk 3 tahun, QS tu nama singkatan anak saya. Dan kebetulan juga saya ada iReka Soft Enterprise pun dah masuk 3 tahun bulan ini. Pergh, sedar tak sedar kan, tapi perjalan ia amat menyeronokan, walaupun ada yang kurang best, tapi best lagi banyak dan saya amat bersyukur. Terima kasih semua.

QS, ni nampaknya dah pandai bersembang-sembang, umur nak masuk 3 tahun kan, pandai sebut pelbagai jenis perkataan, ada Melayu, ada English ada juga bahasa Jepun, tak lupa juga pandai baca doa dalam bahasa Arab. Kiranya multi-lingual juga dia. Hebat-hebat. Sebutan perkataan yang disebutkan makin lama makin jelas. Dan, pada umur lebih kurang ini juga dia sememangnya waktu 'membelajar' perkataan baru, dan banyak bertanya-tanya 'itu apa', 'apa tu', 'what is that?', sebagai parent kita lah yang banyak sebut perkataan-perkataan baru dan ajar dia. 'Oooo <perkataan baru tu>...'.. :) Memang best lah kan kalau kita ajar anak kita macam-macam dan dia pick-up. Macam saya banyakan cakap perkataan baru dalam bahasa Jepun, dan disebut ulang-ulang. Lama-lama dia boleh ingat. Mungkin awalnya dia 'blur' apa maksudnya, tapi bila diulang-ulang pada sesuatu konteks, budak akan memahami dari masa ke semasa.

Itu lah dia kisah QS, dalam ReactNative pun ada QS ni, tapi maksud dia 'query string'. Maksud lain pun ada juga 'quality control'.

Alrite, lets go to another topic, AR. AR ni saya ada belajar course ARKit, tapi sekarang ni tak da satu pun app AR yang nak di publishkan, dah belajar dah pun tapi kurang idea untuk dipublishkan. Devices pun ada, tapi rezeki untuk buat benda ni belum ada. On the other hands, ada rakan saya yang berjuang-juangan nak buat AR, nak buat tools untuk orang ramai publish AR. Pening kepala dia, tapi tu lah benda-benda baru ni susah untuk dibangunkan sendiri.

Jadi sebagai orang yang agak suka belajar benda baru ni mungkin nak medalami sedikit sebanyak tentang dunia Unity dengan teknologi AR. Mungkin ada hasilnyakan.

Teknologi ReactNative telah dipelajari 2 bulan nak masuk 3 bulan, walaupun pada awalnya agak stress sedikit tapi dengan bantuan 'logistic' kita, saya dapat tunjuk ajar dari rakan-rakan lain. Juga, sebagai rasa untuk menyumbangkan tenaga untuk mengajar orang-orang disekeliling kita tentang ReactNative juga.

Kalau berminat boleh join meet-up kami di MaGIC, Cyberjaya.

No comments:

Post a Comment

Hello November!

It's November, it's the month of my birthday! So we are almost at the end of the year, let's reflect and predict what will be ...