WWDC 2016 telah memperlihatkan versi terkini kepada 4 platform yang tersedia dari Apple; watchOS, tvOS, macOS dan iOS.
Di mulakan dengan watchOS, Apple mempercepatkan masa melancarkan aplikasi dalam peranti boleh pakai mereka. Selain itu, terdapat beberapa tema jam yang baru. Juga aplikasi terbaru 'Breathe' untuk membantu orang bernafas dengan lebih dalam. Juga pengoptimasi kepada pengguna berkerusi roda. Juga ada fungsi SOS jika ada kecemasan boleh aktifkan fungsi tersebut.
Kemudian, tvOS, sistem operasi bagi Apple TV, apa yang baharu adalah sokongan Siri kepada pembangun pihak ketiga. Dan juga 'single-sign on' untuk TV network, masih belum diadapt oleh provider tempatan.
OS X, kini dikenali sebagai macOS, pada tahun ini di beri nama timangan Sierra. Apa yang baharu adalah Siri untuk Mac, anda boleh tanya pelbagai perkara kepada komputer Mac anda, dan jawapan persoalan tersebut boleh didrag-drop kepada dokument yang sedang anda kerjakan.
Platform yang terakhir, iOS, platform yang paling banyak diperbaharui. Dimulakan dengan 'pengalaman pengguna', lock-screen, notifiction center, dan action-control kini berwajah baru, banyak mengoptimizekan penggunaan 3D touch.
Apple juga dilihat menambahbaikan dari segi pengalaman untuk app Photos. Kini gambar yang ditangkap akan dianalisa dengan pengecaman wajah, scene dan objek. Lebih menarik terdapat fitur 'Memories' yang menggunakan teknologi visi komputer untuk menyatukan detik-detik menarik kepada satu movie-clip yang anda boleh kongsikan dengan keluarga dan rakan.
Ada beberapa perkara lagi yang diupdate dalam apps Maps dan iMessage, juga app terbaru Home. Sebab saya jarang saya gunakan saya skip part tersebut. Anda boleh mengetahui lebih lanjut dalam website Apple.
Untuk para pembangun aplikasi iOS, pelbagai API baru yang diperkenalkan seperti integrasi dengan Siri, HomeKit, iMessage, maps extension dan pelbagai lagi.
Di akhir segment keynote WWDC 16, Tim Cook memperkenalkan sebuah app yang berbentuk pelajaran pengaturcaraan yang di namakan Swift Playground untuk iPad. Ia digambarkan sebagai untuk melahirkan 'the next generation of developers'.
App yang terbaik diperlihatkan dalam WWDC ini saya kira. Anda boleh belajar koding Swift dengan gembiranya dengan menggunakan iPad. Ia ditunjukan boleh belajar konsep asas dalam pengaturcaraan, tersedia dengan modul pembelajaran yang menarik.
Pembelajaran direka tanpa memerlukan pelajar menaip kod, tetapi boleh drag-and-drop dari pilihan yang disediakan untuk menyelesaikan tugasan. Ia mirip Scratch dan App Inventor.
Untuk pengguna yang sudah mahir, boleh juga menulis kod untuk Swift Playground ini dengan menggunakan keyboard iPad yang dioptimisasi untuk pengaturcaraan.
Diperlihatkan juga, app yang lebih kompleks yang boleh di jalankan menggunakan aplikasi tersebut. Dalam kes ini adalah Physics Emoji.
Apa yang menarik tentang app seperti ini adalah ia dapat menggalakan kanak-kanak bukan sahaja dapat bermain game dengan iPad tetapi juga belajar sedikit sebanyak bagaimana hendak membangunkan game. Ia memupuk minat sedikit sebanyak untuk belajar pengaturcaraan di mana masa depan banyak kerja-kerja akan di'automate'kan dengan kuasa coding.
Sekian dulu rangkuman ringkas WWDC16. Banyak lagi perkara lain yang boleh diulas lanjut, tapi app Swift Playground for iPad adalah satu yang menarik perhatian, dan ia mungkin app yang sangat penting untuk pendidikan IT, dan sains komputer.
** Sumber dari Apple WWDC 2016 keynote 'live stream' pada awal pagi 1:00 am, 14 Jun 2016 (waktu Malaysia). **
No comments:
Post a Comment