Friday, 10 June 2016

Teknologi Digital sebagai Saluran Pemasaran


Dewasa ini, teknologi digital bukan lagi benda asing dalam kehidupan seharian masakini. Whatsapp, Facebook, Telegram, Twitter, hashtag, apps dan pelbagai lagi sudah menjadi buah mulut masyarakat. Malahan, ahli perniagaan masakini juga cenderung untuk menggunakan teknologi trending tersebut untuk tujuan pemasaran secara talian. Selain dari teknologi yang trending, ada juga teknologi dalam talian sepanjang zaman (evergreen gitu) yang tak harus dilupakan seperti emel dan SMS marketing. Berikut adalah beberapa inti-pati teknologi digital sebagai saluran pemasaran untuk perniagaan anda.

1. Laman Web dan Blog

Laman web adalah media yang utama untuk sesebuah perniagaan dalam alam maya. Website yang menggunakan domain antarabangsa ".com" atau ".net", mahupun domain tempatan seperti ".com.my", ".my" dapat mengekpreskan kewujudan perniagaan itu secara berkaliber. 

Sesebuah laman web tersebut tidak perlulah mempunyai teknologi atau animasi yang tercanggih, pada hemat saya lebih baik laman web yang kemas dan sedap mata memandang. Selain itu, kandungannya sentiasa di-update dengan maklumat-maklumat yang terkini.

Selain itu, fungsi terhebat laman web adalah e-commerce, di mana pelayar boleh membeli belah secara langsung di dalam talian. Ada pelbagai jenis enjin ecommerce yang boleh digunakan untuk menjual secara dalam talian antaranya WooCommerce, OpenCart, Magento, Shoppify dan lain-lain.

Acap-kali kita buka website, pasti ada pautan blog di-dalamnya. Ya, blog merupakan salah satu elemen dalam website tersebut yang boleh dikatakan agak penting. Dengan adanya blog, pelawat laman web boleh tahu bila tarikh akhir blog itu dikemaskini. Jika sudah bersawang, tentu pelawat bertanya-tanya adakah perniagaan tuan empunya blog masih hidup atau hidup di alam lain.


2. Emel Marketing

Emel marketing adalah teknik pemasaran otai-otai yang masih lagi terbukti berkesan hingga hari ini. Manakan tidak, orang ramai masih lagi menggunakan emel dan menyemak email sekurang-kurangnya seminggu sekali. 

Emel marketing dengan menggunakan khidmat emel blaster memudahkan urusan penghantaran emel secara lambakan. Antara perkhidmatan yang popular adalah aweber, getresponse, mailchimp, sendgrid dan pelbagai lagi.

3. SMS Marketing

Percaya atau tidak SMS marketing masih ada bisanya. Kalau Whatsapp atau email boleh di-block tapi SMS tidak. Jadikan SMS sebagai senjata marketing anda dengan menyimpan database nombor telefon prospek dan pelanggan. 

Ada caranya untuk dapatkan nombor telefon pelanggan ni, contohnya membership atau peraduan.

4. Facebook Page / Facebook Messenger

Facebook Page ini boleh kata wajib untuk perniagaan dari skala 0 ke 10. Mana tak nya, percuma sahaja. Manfaatkanlah teknologi yang disediakan oleh Mark Zuckerberg ini. Ingat, ingat, ingat, ini adalah laman sosial jadi perlu dalam mood 'bersosial' untuk tanya-tanya khabar. Kalau nak beli apa-apa ajak mereka ke 'rumah' atau website kitalah. 

Di Facebook Page boleh tulis status terkini perniagaan anda, muat naik gambar atau video aktiviti perniagaan anda dan boleh juga nak jual-jual di laman sosial ini.

Terkini ada fungsi 'live' dimana seseorang boleh buat hebahan secara langsung tentang detik hidup atau promosi yang dijalankan.

5. Instagram 

Instagram menjadi kegilaan pengguna smartphone. Asal ada gambar best je pasti nak upload. Begitu juga peniaga, offline atau online, asal ada benda yang syok (sendiri atau tidak) je mesti nak share. Tapi itulah realiti mobiliti hari ini. Boleh kata trend sama ada artis atau rakyat maheran untuk berkongsi gambar, follow sana sini, like suka hati.

Kepada peniagaan dalam Instagram ini, perniagaan yang sesuai adalah perniagaan yang ada elemen estatik yang boleh menarik minat pengguna untuk follow dan like banyak-banyak. 

6. Twitter

Twitter ni yang memperkenalkan kepenggunaan 'hashtag' #sukasangatkanguna. Hashtag ni digunakan untuk tagging sesuatu event atau topik yang ingin diperbincangkan. Sekarang semua benda boleh dihashtagkan. Selain dari Twitter, sekarang Facebook dan Instagram juga boleh menggunakan fitur hashtag.

Twitter ni cara paling santai untuk menyebar sesuatu maklumat secara ringkas. Dan diperhatikan Twitter banyak digunakan oleh media massa seperti radio dan TV untuk mendapakan feedback tentang sesuatu perkara dengan menggunakan hashtag tertentu. 

7. Whatsapp / Telegram

Boleh dikatakan medium komunikasi zaman terkini, menggantikan penggunaan SMS secara total yang digunapakai dengan smartphone moden. 

Medium komunikasi untuk pelbagai keperluan, dari close sale hinggalah memberikan maklum balas terhadap produk.

8. YouTube

Kepada yang pandai buat cover lagu atau melawak macam Mat Lutfi, ini lah tempat anda untuk menojolkan bakat anda ke persada online. Dengan menjadi selebriti YouTube, dengan mudah brand anda akan dikenali ramai dan pelbagai produk ingin menjadikan mereka sebagai jurucakap mereka.

9. Web / Mobile Apps (online services)

Aplikasi online seperti mudah.my, ibilik, Airbnb, carlist.my dan pelbagai lagi adalah platform yang hebat untuk usahawan meletakan barangan atau perkhidmatan yang bersesuaian. Hal ini kerana, aplikasi web/ mobile tersebut mempunyai ribuan pengguna yang mencari-cari barangan yang ideal. Jadi kebarangkalian untuk dijumpai oleh mereka yang mencari agak tinggi, jadi cubalah untuk daftar list kan agar barangan / perkhidmatan anda dijumpai juga.

10. Mobile Apps 

Kalau jenama besar biasa mesti sudah ada mobile apps. Kalau belum tu mesti ada agency tengah bagi proposal. Jadi mobile apps ni sebenarnya agak mahal, tetapi demand nya cukup hebat. Tengok berapa ramai yang guna smartphone. Jadi brand-brand sederhana ke besar mesti nak brand mereka di dalam kocek pelanggan mereka.

Mobile apps ini fungsi asasnya macam website, cuma dia boleh function offline. Pelbagai maklumat tentang perniagaan ada di sini. 

Jadi apa kelebihan sangat ada mobile apps? 'Uber-ify'. Anda boleh mengetahui status perkhidmatan perniagaan tersebut, dan menempah barang yang terdekat. Anda juga tahu berapa minit barang itu akan sampai. Anda juga boleh bayar serta merta. 

Konklusi

Tak kira apa medium digital yang digunakan, ingatlah semuanya sama penting. Namun kena lagi ingat tentang apa mesej yang hendak disampaikan kepada pelanggan.

Tak tahu atau takut nak cuba channel mana nak pakai. Habaq mai kat whatsapp I. +60163373081 atau emel hijazi@irekasoft.com atau mujur terus ke halaman sesawang iRekaSoft.com.



Post diinspirasi dari page rakan developer di halaman blog DesaKretiv

No comments:

Post a Comment