Saya sebelum ini pernah belajar Ruby on Rails dengan Serai Solution pada satu ketika, dan mengajarnya balik dengan team mate dahulu. Dalam tempoh 1-2 tahun saya mendalami Laravel pula. Bagi yang tidak tahu Laravel ini adalah framework untuk bahasa pengaturcaraan PHP yang ada mirip-mirip Ruby on Rails. Jadi dah lah PHP, ia lebih mudah difahami kerana pernah belajar juga PHP, dan mudah untuk dideploy juga.
Jadi saya gunapakai lah Laravel, dari belajar saja-saja ke buat iRekaWeb.com. Ia adalah web untuk manage mobile applications. Jadi ia ada admin dan juga API. Tapi pada ketika itu saya menggunakan perisian Coda untuk menaip kod dan ia terus live di server. Cepat tu memanglah cepat, tapi bahaya. Kalau terdelete apa-apa memang masak lah. Jadi kalau untuk kegunaan sendiri, ia agak berisiko tinggi tapi boleh digunapakai juga.
Fast-forward, saya belajar lebih banyak lagi pasal Laravel. Version pun sudah bertingkat-tingkat diperbaharui oleh Taylor Otwell. Jadi saya sebenarnya miss perkembangan Laravel. Dan deployment awal untuk iRekaWeb adalah menggunakan Laravel 5.2 dan juga dengan PHP 5.x.
Cabaran kali ini adalah untuk upgrade Laravel ke version at least 5.5, untuk menggunakan bersama ReactJS.
So first sekali kita kena upgrade server jadi PHP version 7.0.x ke atas.
Bukan senang nak adjust, jadi apa yang saya buat adalah, migrate buat droplet baru. Install LEMP, dari sebelum ini LAMP. SSL LetsEncrypt dan sebagainya.
Next adalah guna Git. Jadi deployment yang baru ini hanya perlu di push dari local. Dan ia dibackup juga dengan menggunakan GitHub. Jadi code anda menjadi lebih safe, kalau ada apa-apa berlaku di server anda, sekurang kurangnya ada backup.
So lepas setup server, kita buat upgrade dekat localhost. Then OK, kita push production. Dekat server kita perlu delete 'vendor' file kemudian diinstall balik dengan menggunakan coposer.
Dari Laravel versi 5.2 dapat diupgrade ke 5.5. Dan ReactJS pun digunapakai. Style routes pun ditukar mengjadi /routes/web.php & api.php.
Jadi nak update perkara ini bukan senang sebab kita nak test semua function elok ke tak. Kita berlu take time untuk relex dan cuba lagi.
Baik ini saja berkenaan irekaweb.com dan perkomputeran awan ini.
No comments:
Post a Comment