Thursday, 2 May 2019

Renew iReka Soft Enterprise

Alhamdulillah, dah nak masuk tahun ke 4 daftar iReka Soft Enterprise ni sebagai entiti bisnes persendirian.

Sejak bermula perniagaan ini tidak lain tidak bukan ia bertunjangkan dengan skil pembangunan app development. Awal 2015 sudah start dengan iOS dan Android secara native. Guna Objective-C dan Swift. Kini dah berkembang guna React Native dan Laravel untuk back-end development.

Selain itu kita juga mendalami skil UI/UX. Banyak perhatian dan kajian untuk buat app lebih cantik dan menarik. Bukan sahaja functionality tapi emosi pengguna pun kita titik beratkan. Itu lah UX, user experience.

Kalau dekat luar app developer yang boleh offer app development pada kos yang rendah ia mungkin guna template atau app builder di mana hasilnya agak mengecewakan, sudah lah tidak cantik. Orang mungkin pakai sekali sahaja, atau pun tidak teringin pun nak download sebab screenshot yang dipersembahkan hambar sahaja.

Jadi, kami bukan lah begitu, banyak aspek dalam developmen dititik beratkan dari app, icon design, speed dan screenshot semua dipakej kan dengan menarik agar pengguna tak sabar nak guna app anda.

Boleh berhubung dengan saya Hijazi ( 016 337 3081 ) untuk dapat kan konsultasi percuma. Cuma mention special untuk pembaca blog ini.

Terima kasih,
Majulah aplikasi untuk negara

No comments:

Post a comment