Sunday, 16 August 2020

Ogos 2020

Kita sudah memasuki Ogos 2020, bulan kemerdekaan Malaysia.

Kita mungkin tidak mencapai Wawasan 2020, tapi setidak-tidaknya kita sebagai warga Muslim Melayu sudah mencapai tahap lebih kompetitif dengan bangsa-bangsa lain dalam sektor ekonomi dan bisnes.

Sepanjang satu dekad lalu ada sahaja mentor-mentor bisnes kita yang mengajar bangsa kita bagaimana mula berniaga dengan betul dan berkesan. 

Ramai sahaja bangsa kita yang berniaga, tapi jika tidak ditunjukan jalan, memang tak ke mana. Lain dengan bangsa lain yang sudah bergelumang dengan bisnes lebih lama.

Saya pun ada mengikuti antara sifu-sifu bisnes yang ada di Malaysia, dan mereka memang ada niat baik untuk mengajar masyarakat kita untuk buka minda dan mata bagaimana dan kenapa kita harus berniaga juga.

Walaupun mereka mengenakan cas yang mahal untuk kursus-kursus tertentu, ia tentu sahaja berbaloi bagi mereka yang sesuai dengan tahap kursus itu. Jika rasa tinggi maknanya belum ready lagi. 

Ada saja kursus-kursus yang mereka anjurkan secara percuma, join sahaja yang percuma tu, tak rugi pun. Tambahan sekarang ni banyak yang dalam mode 'online'. 

Selain itu kita ada juga sudah start dengan pasaraya Malakat Mall, selain Mydin dan lain-lain. 

Setidak-tidak tidaknya bukan sahaja negara kita merdeka, bangsa kita pun kena merdeka juga. 

Itu sahaja coretan untuk kali ini, sehingga lain nota.




No comments:

Post a Comment