Alhamdulillah telah selesai sudah sesi 3 hari edisi baru IMKK yand di rebrand kepada Transformasi360 pada 10 - 12 Mei 2025 lepas.
Rasa nya sebelum ni dah pergi 3 kali ( based on workbook yang disimpan). Dan ini adalah ‘IMKK’ yang latest after 6 years in hiatus.
Sebelum ini juga pernah attend MMM (Millionaire Marketing Mastery) pada tahun 2015. Since then I started this blog sampai la.
Ada juga pergi ke kelas mini seperti ZKM (Zero Kos Marketing). Ada post dia juga
https://irekasoft.blogspot.com/2019/02/kelas-zkm.html
——
Apa itu Transformasi360 atau T360?
Ia merujuk kepada formula 3 - 6 - 0.
3: Thought - Emotion - Action.
6: emotion drives - happiness, anger, fear, sadness, disgust and surprise.
0: empty kan diri kita untuk terima sesuatu yang baharu.
Apa Kontent dia?
Banyak cerita tentang energy.
Energy kita mempengaruhi pelbagai aspek dalam hidup kita.
Kita perlu maintain high energy untuk terus fokus dengan matlamat kita. Get into the PEAK state. Switch!
“The Science of Success” : kejayaan ni ada pattern atau corak dia.
Setiap benda ada tanda-tanda dia. Kalau pattern macam ni chances dia berjaya tu tinggi. Faham ke ?
Kawalan Emotion sangat penting.
Dia macam hack kita punya brain untuk capai sesuatu tu, kita perlu trigger feeling dan thought kita untuk focus dan cari jalan macam mana nak dapatkan sesuatu.
Apa MAGNET dia?
- Magnet minda
- Magnet hati
- Magnet Personaliti
- Magnet Komunikasi
- Magnet tindakan.
Apa Pengalaman Baru??
Untuk kali ini Prof tidak menekakan untuk berjaya perlu berniaga semata-mata, bekerja pun ada opportunity dia (as intrapreneur) dan apatah lagi as peniaga (entrepreneur). ]
Content dan silibus kali ini lebih compact dan padat. Rasanya boleh focus dalam almost of the classes.
Live band! Sebelum ni music audio sahaja, this time crazy, ada artists, liveband dan juga actor.
Enjoy lah in short. But untuk bagi komitmen dalam kelas sebegini juga bukan mudah.
No comments:
Post a Comment