iPad Pro.
Saya ada 3 iPad; iPad 2, iPad 3rd Gen Retina Display, dan iPad mini retina display.
Selepas itu nafsu nak beli iPad sudah tiada. Mungkin kerana tiada lagi evolusi yang menarik tentang iPad.
Namun iPad Pro yang dilancarkan pada tahun 2015 ini memberikan sedikit kelainan bila kita berfikir tentang iPad.
iPad Pro, secara umumnya adalah iPad yang lebih besar. Basically, skrinnya besar. Sebesar laptop Macbook Pro 13". Bayangkan anda tarik skrin laptop anda, dan ia jadi iPad Pro. LOL.
Jadi iPad Pro boleh jadi display yang bagus, untuk menonton video, beramai-ramai mungkin. Membaca buku (?) dan sebagainya. Ya, bagus untuk buat presentation ad-hoc. Atau untuk diletakan di booth, atau sebagai display dekat mall. Yelah, lebih besar dari iPad biasa dan saiznya lebih sesuai.
Saya pernah tengok penggunaan iPad biasa di Suria KLCC. Terasa iPad itu agak kecil untuk dibuat sebagai penunjuk arah digital. Kalau pakai Windows based solution, bapak besar TV pun boleh digunakan. So apa lagi cari peluang mall mana nak pakai iPad Pro ini.
OK, selain dari display yang besar. Ia ada kelebihan lain, iaitu boleh digunakan dengan stylus terbaru dari Apple iaitu Apple Pencil. Memang betul-lah kenapa dia dipanggil sebagai pencil bukan pen or stylus. Saya akan cerita lebih lanjut (hint: tengok video di bawah).
iPad Pro baru ni membuka ruang yang lebih serius untuk bersaing dalam kategori professional tablet yang sekarang ini di dominasi oleh Wacom. Ada juga artis guna Microsoft Surface, itu pun bagus juga untuk menconteng. Lebih dari itu, iPad Pro dikatakan dapat memberikan lebih peluang untuk mengekspresikan cara untuk melukis.
Wowo.
Jadi perlukah anda memilikinya. Kalau anda seorang artis illustrator, pasti berbaloi memilikinya sebab anda akan dapat balik ROI nya sooner or later.
Kalau bukan artis, sekadar pengguna biasa, gunalah PC or MacBook yang ada sekarang. Pesan untuk diri juga ni. ;)
Sebab ia ada berkaitan dengan ekonomi 2015 sekarang ini. USD sangat kuat berbanding RM. Jadi harga dia nampak mencekik. Tapi kalau anda berniaga or buat duit dengan USD, jom tingkatkan usaha untuk mengaut-gaut USD.
Ada rezeki akan ku milikimu iPad Pro! ... dan Apple Pencil.
No comments:
Post a Comment