Sunday, 11 September 2016

Seminar Roket Emel

Pada tanggal 10 Sept telah hardirkan diri ke Seminar Roket Emel di, sangat dekat dengan kediaman ku, di Cyberjaya. Lebih spesifik Masjid Haji Fisabilillah.

Ia berlangsung dari pukul 9 pagi hingga 10 malam, dikendalikan oleh pakar marketing internet, Najib Assadok.

Jom kita kupas sikit isi-isi panas lagi beralun dalam perbentangan beliau.

KISS - Keep it Simple and Stupid

Buat benda simple dan bodah? Buat benda bodoh ke. Anggap audience anda tak tahu apa-apa, so kita as marketer is to teach them what the heck is something. Apa yang you nak ajar kat mereka dan apa yang you nak bantu mereka.

Objective Seminar

1. Nampak

- Nak bagi orang ramai nampak kita. Kena bagi tahu berulang-ulang kali non-stop. Kita hanya boleh stop bila, bila dapat WhatsApp dari Israil.

2. Kenal

- Kenali brand kita, jadi kena lah letak nama sendiri. Guardian and Watson pun jual barang orang lain, tapi still guna nama kedai sendiri. Jadi pandai-pandailah cari nama untuk bisnes anda.

3. Suka

- Bagi lah free gift, bagi value untuk orang lain. Ajar something, buat ebook mengajar.
- Kongsi tips.

4. TRUST

- Lepas step 1, 2, 3 kita nak bagi orang bagi kepercayaan kat kita. Trust take time, so sebelum orang nak beli something dari kita dia nak build trust dulu sebelum dia nak keluar kan duit. Jadi, bina keyakinan orang dengan authoriti atau kepakaran kita.


4 Perkara Wajib Nak Mula Bisnes

Orang cakap kena ada wang untuk start bisness, memang betul tapi ia bukan perkara utama. Ini adalah perkaranya:

1. Ilmu
2. Mentor
3. Sistem
4. Komitment

Benda 1, 2, 3 memang pakai wang, itulah tempat yang patut dilaburkan dahulu bro. 4 tu bermula dalam diri sendiri. Cari BIG WHY anda, baru serius nak buat bisnes beb.

4 Perkara Wajib Dikuasai Dalam Pemasaran Internet

1. Produk
2. Copywriting
3. Trafik
4. Database

Cerita Sikit Pasal Copywriting

1. Jangan menjual, tapi sharing and educate.
2. Soft Selling
3. Elakan ayat susah & skema. Guna Bahasa Mudah, 'teknik basuh otak'.
4. Guna bahasa audience. Bro, sis, mommies.
5. Scannable.
6. Emosi. Visual Auditory Kinestatik.

Jenis Copywriting

1. Masalah.
2. Penyelesaian.
3. Review
4. Benifit (Kelebihan)
5. Unique Selling Proposition
6. Sense of Urgency
7. VALUE

Tertib dalam FB Ads

1. Brand Awareness
2. List / Database
3. Sales

Okay baik, so far anda dah baca sampai sini, jadi bila jadi roket emelnya? Sabar, ini ada tertibnya.

Jadi kita diterangkan pasal Facebook Pages dan Facebook Ads, jadi pertama kalinya anda buat Facebook page, perlu dapatkan 3,000 likes seperti di sarankan oleh Sifu. Likes tu datang dari targetterd audience okay. Kalau niche produk anda produk kesihatan, cari interest orang yang sama.

Lepas dapat likes apa yang nak dibuat adalah membawa audience ke website kita. Paling simple dan mudah untuk permualaan adalah buat minisite. Kelebihannya ia amat fokus untuk pelawat beri database kepada kita. Jadi kita perlu buat win-win situation di sini, beri something for FREE but have value, in exchange kepada database mereka iaitu nama dan emel.

Dengan database tersebut kita akan masukan dalam autoresponder, dan jangan lupa bagi FREE gift anda. Jadi dengan autoresponser tersebut email akan dihantar kepada pengguna berkali kali dengan sela tertentu. Tertibnya 4 kali beri email yang ada value dan emel ke 5 baru boleh buat promosi.

Hey, kita nak bina trust okay. TRUST takes time, tak gitu?

Jadi memang kita belajar secara teori yang dipraktikan oleh beliau tapi macam mana nak praktikan, gi kelas coaching beliau.

Walaupun rasa-rasa saya boleh je nak buat semua tu. Dari segi teknikal memang kita insyaAllah boleh. Nak buat sendiri boleh jimat duit dan masa, tapi kita tak ada jerung lah. Dan juga penanda kertas periksa.

Okaylah, sampai sini saja coretan blog ini. Ia ditulis sebab untuk mengingatkan diri sendiri juga, boleh beri sedikit sebanyak tips kepada pembaca.






No comments:

Post a Comment