Wednesday, 3 May 2017

Buat Website adalah Kepakaran Saya

Bukanlah sebegitu pakar, boleh kata dalam istilah 'specialized'. Walaupun kami kompeni buat apps, kami tetap tidak lupakan website dan webservice. Memang ia sangat-sangat penting.

Dalam post sebelum ini saya tersentuh tentang portal iRIS iaitu websistem untuk menguruskan aplikasi kami dengan lebih efficient dari segi back-end nya. Banyak fungsi general yang diselaraskan supaya ia boleh diguna pakai juga untuk client.

Jadi kenapa websistem penting. Guna dia untuk hantar 'push notification', buat analisa, dapat kan feedback dan sebagainya.

Selain dari itu, kami juga ada iRekaSoft.com. Ia adalah website Wordpress yang the lah di custom habis. Buat theme pun pakai tangan, guna bootstrap. Mana main ambil template orang, kalau tak puas hati susah tu nak adjust-adjust. Kalau buat sendiri semua boleh adjust kaw-kaw. Lagi satu, saya telah menuntut dengan sifu dari Kanada tentang mengoptimumkan penggunaan WordPress ni untuk marketing website.

Ya, itu point dia, WordPress ni bagi saya sangat sesuai menjadi website marketing.

Susah wo nak buat website proper. Tengok kalau orang buat website sendiri, tapi main ambil je template orang, then tak tau nak buat apa, carca merba kot jadinya hehehe. Tu lah kalau first time buat tu, biasalah kan.

So kalau marketing website ni, tak termasuk e-commerce tau, memang sebenarnya tidak lah susah tapi kena lah plan. At least bagi nampak lah sikit website tu professional. Ni jenama dah power tapi website hancus. Hancus lah brand bro. Memang lah sales banyak, tapi website pun nak kena smart juga ye.

OK, at first kita guna WordPress, memang bersepah theme kat luar sana tu. Banyak buat macam blog, tapi memang boleh customize lah. Tapi sebenarnya nak fully customize tu still susah juga, depends on the themes ye.

OK, sebagai rujuakan, saya refer je lah kat website iRekaSoft.com ni. Sebab ia dah lama, dan itu je lah website yang saya maintain, dan keep improving. Adalah benda sedikit sebanyak yang saya boleh share sikit pasal managing website ni.

Web Site Plan

Kena plan lah website anda tu, walau pun simple tapi penuh dengan maklumat dan capaian ke 'perhubungan yang lebih bermakna' seperti link ke Facebook page ke, hantar feedback ke, bagi Whatsapp ke, tinggal kan no phone dan nama ke, nak dapatkan order ke. Kan, rata-rata itu lah sebab kenapa kita nak buat website. Bukan nak buat cantik jerr. Cantik pun cantik juga tapi kita nak result betul tak?

Website plan ni boleh lah, sketch atas kertas, ada home-page. Home page ni first page yang orang masuk. Macam diri kita juga tu lah first appearance anda as website. Orang tengok anda tu, apa elevetor pitch anda nak bagi kat visitor?? Tulis lah apa kepakaran anda, siapa yang anda nak bantu dengan produk apa. Ye lah bukan diorang kenal pun siapa anda. Bagi lah intro sikit, jangan ingat visitor ni dah kenal. OK, kat irekasoft.com saya tulis 'we expertise in iOS, Android and Laravel'. Haha simple je. Tapi itulah pengenalan kami. Jangan bagi blur sangat kat pelawat. Intro dulu der.

Sebenarnya tak de formula pun nak buat website ni. Tapi kalau nak buat marketing website, ini lah sedikit sebanyak tips dan praktikaliti nya. Jangan ingat website ni pasal teknikal jer.

Kesimpulannya, buat screens dari homepage ke products ke contact ke about dan lain-lain.

Gambar Bro

Macam nak buat magazine, website kan pun kena pakai gambar cun! Tu lah kasi plan dulu, tengok screens yang dah di sketch. Lepastu nak taruk content apa, masukan sekali gambar yang sesuai.

Kalau gambar orang tu boleh lah cari background yang transparent supaya nampak lebih pro.

Amacam, good luck yea.

Kumpul Database

WordPress ni tak bagus dia just guna guna raw database, tak macam Laravel websistem. Jadi saya biasa integrate WP dengan Laravel bila nak masukan database ni. So bila orang key-in nama dan email terus masuk dalam database Laravel. Jadi saya guna iRIS (see post before), untuk paparkan database.

ROI

Tak ada yang lebih bermakna jika website anda boleh generate duit. Ye lah, nak buat website tu kan memerlukan kewangan jugakan. At least bila dah pakai .com sendiri. Mesti mau dapat result. C'on buat website simple-simple je tapi biarlah berhasil kan.

Analytics

Measure lah website anda tu. Tengok berapa banyak visitor. Bukan senang nak buat website yang high-trafik. Pandai-pandailah nak guna social media untuk kasi viral itu website.

Blog

Blog. Walaupun saya tulis kat BlogSpot ni. Ia adalah free service. InsyaAllah kalau tak ada apa-apa ia akan terus kekal kat sini. Walaupun saya tiada kelak boleh jadi bahan rujukan.

OK, selain dari blog ini, di irekasoft.com ada blog sendiri, ia teknikal, ia mobile dan ia dalam BI, bahasa inggeris ok. Tapi result dia ada boleh tengok ada orang search on particular keyword. So memang increase page view everyday sebab kita perbanyakan kosa kata dalam website kita. Senang lagi lah orang nak Google kan.

Alright, memang shok sendiri sahaja tulis ni. Ramai lagi yang hebat-hebat dalam buat website dan blog ini. Tapi sebenarnya content is king kan? Ada kenalan saya ni memang buat duit guna ads untuk jana pendapatan dengan content. Ada juga member saya guna kan website untuk menghubungkan stokis, pembeli.

Akhir kata, website penting dalam era online ni, kalau anda nak bina brand. Walaubagaimanapun social media sekarang dah semakin kuat dan ia mungkin menjadi no 2 dalam online present. Namun ia tetap penting untuk dibina sebaiknya kan?














No comments:

Post a Comment