Thursday, 30 November 2017

Hiccup Hampir Sebulan

Sebelum saya dapat setup my dream home office, sebelum ni memang terjadi benda yang agak membuatkan bisnes saya sedikit hiccup. Dia mungkin sedikit berpunca dengan emosi, dan kurang juga sebab machinary. Dalam konteks software ni, komputer yang anda buat untuk develop lah.

Nak dijadikan cerita pada bulan September saya ingat, saya ada buka casing Macbook Pro Retina yang dulu. Jadi nampak lid dan body tidak 'ngam', so apa yang saya buat adalah menghantar komputer tersebut ke kedai yang saya pernah hantar dulu untuk baiki chip dan tukar bateri di OKCS Bangi.

Yang menyedihkan adalah bila saya minta mereka betulkan lid tersebut, dengan tidak semena-mena screen tersebut tidak menyala lagi. Memang pelik lah sebenarnya. Sebelum ni OK je, then entah macam mana depa buat jadi macam tu. So, mereka suruh tinggalkan komputer untuk pemeriksaan lanjut. Tapi saya juga yang tidak bersetuju, nak hantar ke OKCS Seri Kembangan, bagi mereka tengok juga, mungkin sebab lebih dekat.

Tup-tup tunggu punya tunggu dah sebulan juga komputer tu kat kedai, actually mereka hantar ke service centre di Imbi, test punya test still tak dapat baiki juga chip visual ke screen. Lama siot nak test punya test ni. Memang saya rasa macam tak ada dah harapan MacBook ni nak kembali normal semula. Si bos OKCS Bangi ada bagi suggestion untuk jual sahaja laptop tu. Ish ish ish. Sedih gak kan. Gitu lah hidup Macbook Pro tersebut, dah berjasa kepada saya 3 tahun 7 bulan camtu, hampir 4 tahun kan. Pada masa tersebut masih elok dan gagah lagi, tapi apakan daya.

Mungkin kisah sakit Macbook ini start dari hantar ke kedai untuk tukar baterinya. Ini kisah 3 bulan sebelum hantar betulkan lid tersebut. First, hantar dekat kedai MacNote Seri Kembangan, take note, nama kedai MacNote, tapi staff dia cam tak bagus, serius tak da tauliah tentang Mac. First, buka laptop pun masukan skru balik salah. Benda-benda asas ni kalau salah, apa lagi nak buat benda lebih kompleks macam tukar bateri, kalau tak betul cara meraka buat. Walaupun mereka staff bawahan, mereka perlu diberi tunjuk ajar yang betul, cara nak cakap dengan customer. Sebab, mereka boleh pula compare dengan PC, MacBook bateri tak boleh cabut, PC boleh. Memang lah camtu kalau tak tak de korang nak buat MacNote kedai komputer. Kalau macam PC lagi bagus, boleh tukar cam tu je bateri tu beli kat kedai. Sebab pengguna ada masalah macam tu lah, korang buat bisnes tu kan?

Jadi, bukan nak condemn kedai-kedai komputer ini, mereka juga ada membantu menyelesaikan masalah komputer Mac saya yang lain. Cuma, bila comes to my own main machine, in the future, I will not give risk to give them to open it. Memang perasaan tu cam tak best langsung bagaimana mereka handle computer kita. So, kalau boleh hantar kat Authorized Service, walaupun lebih mahal. Sebab risiko dia jika dihandle oleh orang yang tak bagus boleh menyebabkan komputer anda lebih rosak dari kondisi sekarang. Bahaya tu. Kalau anda rasa tak kisah kalau something happen dan anda ada backup, dan bajet anda kurang, boleh cuba kedai-kedai komputer biasa tersebut.

OK, sampai sini sahaja coretan maintaining komputer anda. Sebab, komputer bukan tahan selama-lamanya pun, akan ada masa ia perlu diservice. Jadi sila fikir sewajar-wajarnya. Saya dah lakukan kesilapan dan ini adalah perkongsian anda. Kalau terbaca post ini boleh share juga pengalaman anda service komputer.

Terima kasih, Hijazi.


No comments:

Post a Comment