Sunday, 19 August 2018

Helo Ogos, Bulan Kemerdekaan Malaysia

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Kita bakal menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-61 pada 31 hari bulan Ogos ini.

Tema hari kebangsaan tahun ini adalah: Sayangi Malaysiaku.

Sambutan kemerdekaan tahun ini amat bermakna dengan reformasi Malaysia baharu.

Tiada siapa yang selesa dengan benda baharu, tapi benda baharu ini diharapkan memotivasikan diri kita dan boleh mencapai kemajuan dengan lebih baik.

Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Kalau kita tak berusaha manakan dapat hasilnya.

Jom kita bersama mengigati perjuangan tokoh-tokoh lampau dalam memartabatkan negara kita sebagai sebuah negara yang bebas dan boleh menyelia negara dengan acuan sendiri.

Kita ramai rakyat Malaysia yang hebat-hebat, ramai yang bersemangat waja, ramai yang ingin mencapai kejayaan, ramai yang berusaha tak lelah-lelah, ramai yang pandai marketing, ramai yang power-power. Cuma kita ni rasa-rasanya tidak senang antara satu sama lain, dan kemudian berpecah-pecah. Dan bukan senang juga nak semaikan rasa kebersamaan juga.

Apa pun jom kita ambil iktibar dan jadikan Malaysia dan diri kita menjadi lebih baik lagi.

Akhir kalam, majulah dunia IT untuk Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Developing the Backend

As we all know backend is one of the fundamental building blocks of modern mobile apps. It's the system and database that manage the app...