Monday, 28 December 2015

Bisnes Aplikasi Mudah Alih

Menjelang tahun 2016 ini mungkin ada ramai lagi orang nak masuk dalam pembangunan perisian/ software/ perisian mudah alih. Saya telah bermula dalam bisnes aplikasi mudah alih iOS semenjak 2010, bermula dari impian, dan kena usaha nak belajar.

Bagi saya bukan senang nak belajar platform iOS, nahu language nya yang begitu sukar untuk pengaturcara baru seperti saya dahulu. Awal-awal dulu saya buat aplikasi ringkas CalcDrill, di inspirasi dari kamus elektronik bahasa Jepun yang mempunyai fungsi quiz soalan matematik. Di situ saya buat app tersebut, dan hasilnya saya pernah dapat top download for education di Jepun App Store.

Di situ lah bisnes aplikasi mudah alih saya bermula.

Passion Does Not Pay The Bills

Minat tidak membayar bil anda. Ada orang menasihati ikut minat anda dan akan dapat kejayaan. Ia sebenarnya tidak begitu betul. Namun, saya tidak kata anda tidak boleh buat duit mengikut minat anda. Ada orang yang begitu berjaya membuat apa yang diminatinya.

Mengikut apa yang anda minat adalah bukan guideline yang ada harus ikut. Sebab minat anda tak semestinya selari dengan kehendak pelanggan anda.

Minat seseorang adalah tidak ada kaitan dengan kejayaan sesuatu bisnes. Namun ada berita baik: anda mungkin boleh mencari bisnes idea yang baik dalam perkara yang anda minat. Seterusnya anda akan lebih bersemangat dalam menjalankan bisnes tersebut.

Satu-satunya Cara Untuk Menjalankan Bisnes Yang Serius Adalah Dengan Memberikan Nilai

Bisnes adalah memberikan nilai, dan berapa banyak kita boleh tolong pelanggan menyelesaikan masalah mereka. Lebih banyak nilai yang diberi, lebih banyak yang anda boleh minta sebagai exchange untuk nilai tersebut.

Anda mungkin fikir "perisian saya boleh memberikan nilai yang banyak kepada customer, jadi tentunya ia boleh meberikan nilai yang banyak". Sebenarnya, nilai adalah ditaarif oleh pelanggan bukan pembuatnya. Nilai-nilai tadi hanyalah mungkin dalam minda pembangunnya. Pembangunnya dah jatuh cinta tentang idea beliau.

Lagi ayat sentap, banyak pembangun merungut kenapa orang tak nak beli apps yang dibangunkan dengan masa dan tenaga yang banyak, tetapi boleh beli kopi atau burger dengan harga yang sama. Sekali lagi, orang tidak peduli tentang berapa banyak anda berhabis atau telah berusaha. Apa yang penting adalah hasil tersebut adakah ia bernilai tinggi kepada mereka. Ia bukan hak anda untuk menentukan nilai apps lebih tinggi dari kopi atau burger tersebut. Semua hak pelanggan untuk memilih.

Strategi Mengalahkan Taktik Yang Ada

Mengikut statistik, jika buat bisnes 90% akan gagal. Jika anda buat bisnes yang anda tahu 90% akan berjaya. Jika anda tahu apa patut dilakukan, kejayaan adalah hampir menjadi kenyataan. Tengok kepada orang yang sentiasa berjaya dengan apa-apa sahaja idea yang dipasarkan, sentiasa berjaya, sebab dia dah tahu apa yang patut dibuat dalam bisnes.

Sebabnya, kesilapan unggul yang membunuh bisnes adalah tiada strategi langsung. Biasa buat, jika ada idea, developer akan buat apa yang ditahunya iaitu membangunkan apps. Developer akan membuat strategi semasa membinanya. Macam mana pun anda buat jika strategi itu salah, anda akan gagal.

Menjalankan Bisness

Menjalankan bisnes app, bukan lah sekadar membangukan app. Menjadi pemilik bisnes memerlukan anda memahami pelanggan anda, menulis ayat-ayat yang baik dalam website, memahami apa itu marketing, bagaimana ia berfungsi, tahu bila dan bagaimana nak menjual, memilih positioning dan statergi harga, dan pelbagai lagi.

Kalau nak jadi pure developer, patut bekerja sebagai developer, tak perlu buat benda lain. Kami pun mencari protege untuk developer di syarikat kami (boleh emel ke hijazi@irekasoft.com) Tapi jika anda ingin menjalankan bisnes app, banyak lagi selain coding yang perlu diketahui untuk membina bisnes yang stabil lagi berjaya.

Strategi: Jika Nak Membina Apps yang Berjaya, Anda Patut Memahami Pelanggan dengan Sedalamnya

Sebelum anda tulis sebarang kod, cari customers. Company besar panggil ini adalah market research, dan ia adalah asas kepada kejayaan sesuatu bisnes.

Steve Jobs pernah cakap di Apple mereka tidak menjalankan market research, tanya apa yang mereka mahu dan sebagainya. Steve Jobs sememangnya genius tahu apa yang pelanggan mahukan, tapi jika ikut sejarahnya di syarikat NeXT beliau sebenarnya telah hampir gagal dalam bisnes tersebut. Dengan pengalaman bersusah-payah di NeXT beliau banyak belajar mengenali pelanggan.
Steve Jobs pernah berkata : "One of the things I've found is that you hae to start with the customer experience and work backwards for the thechnology. You can't start with the technology and try to figure out where you're going to try to sell it".

Bagaimana Nak Tahu Apa Pelanggan Sebenarnya Mahu

Sebelum membangunkan apps, anda patut tahu bagaimana nak capai pelanggan anda. Online research. Cari masalah yang yang orang sedang berbicara di forums, facebook atau twitter.

Contoh yang apps kami adalah menyelesaikan pengguna smartphone yang nak sentiasa tengok jam dalam phone. Stock apps tak menyelesaikan masalah ini. Ramai ke yang ada masalah ini? Penting ke tengok jam? 
Kaji masalah dengan mendalam secara pasif, baca komplen dan pandangan mereka terhadap apps anda.

Pastikan Orang Akan Beli Apps Sebelum Apps tersebut Di Bina

Software development takes lot of time. Even you are experienced developer, it will take you a few months to make an app. Ini adalah sifat pembangunan software. Pembangunan adalah sukar dan memakan masa.

Cara nak validate bukan dengan tanya nak beli apps ini ke tak, tetapi dengan memahami masalah mereka dan anda beri mereka solusi.

App Stores Bukan Marketing Channel

App Store dan Google Play bukan marketing channel tetapi distribution chanel. Banyak developers menganggap marketing perkara yang remeh dan cuma hantar emel kepada "press".

Jangan Expect Hasil yang Besar pada Permulaan

Akhir kata untuk post ini, jangan berharap app bisnes boleh boom dalam masa singkat, kecuali ada strategi yang betul. Expect bisnes akan membesar dengan perlahan tetapi steady. Secara umum, sebuah bisnes mengambil masa selama 3 - 5 tahun untuk memperoleh untung lumayan.














Tuesday, 22 December 2015

Big WHY

WHY we do what we do.

I had an imagination back when I was kid, that mobile cell phone would be the next thing that human being is ever needed. "the thing" is more powerful than anything else, that is what we need. Thus, make "the thing" is so super powerful.

So, it was my anticipation that 'the thing' will be coming, i was waiting for the ultimate 'the thing', and i found out the answer when the iPhone came out. At first, I knew the possibility that mobile Windows or prior smartphone could be, but they just flawed. iPhone came in, but not perfected, until they got better with iPhone 3G, and next and next. It's just so miracle to have magical device that can help human being achieve what they couldnot achive before.

'It pushes human being'.

Imaging putting a book into a phone. Big book into a tiny phone into a pocket. You know book is huge knowledge, and you can bring it anywhere. Yes, it help people to be knowledgable at any given time.

Skill and Knowledge take Time

The vision is clear, to help people to more knowledgable, without having a great memory to remember everything. People can bring the knowledge everywhere.

Reality Check

People are hooked with social media. People are bombarded with tons of information, people don't know weather information is valuble or not. The quality is questionable.

Solution

There is shall not be a single app, that can help with this. It need environment. A platform that people can trust and choose to respect.

Conclusion

We anticipate the mobile device, and its capable to compute, and to connect to the internet is pretty amazing. And we know, other things are also getting its way to become mobile internet. It's so many things can be connected by at iReka Soft, we have to put our effort, focus on mobile devices. It's super powerful, we just did stretch the surface. We need more resource to realize our vision, great business model and marketing action plan are crucial to make this dream materialized.

We believe the power of mobile and connection.

We believe the power of mobile that can help to enhance people to be better person.



Thursday, 17 December 2015

2016 iReka Soft Planning I

2016. New year coming very soon. See what we think we want 2016 to be.

What to Keep Happend

Having apps that could attracts people to download is vital for us. And to keep using is more important.

We learn from our friends in this industry, what make them so goood. We are investigating, and the process is on going include on year of 2016.

Learning by doing.

Designing

Designing was not our equal strength to engineering. Even though, it supposedly to be very important in marketing, user perspective terms.

We are keen to build system, methodology to make the design process fun as possible. When thing is fun, we want to keep doing it.

What to Improve

We created a lot of experimental projects. Some are half baked. Some are lost, lost of goal ecetra. It's fun to create things to tickle our brains, test things are working out technically. See what is really possible.

In term of improvement, we have years of playing things, making things work, and have fundemental knowledge of anticipate things can be done or not. We just need a bit more experimentation to confirm it, in terms of accepting jobs.

Having to materialized more things, by doing research, phsychologically, marketability, what smartphone user are wanting for on their phone. We understand many things are already on the market, but how do we do to be more, or be different among others friends' stuff.

We must do better. Or at least be the best.

Wednesday, 16 December 2015

2015 @ iReka Soft I

2015 Secara Ringkas

Secara kasarnya, tahun penerusan iReka Soft iOS app, menerjuni Android, meneladani Bootstrap, menyapa watchOS dan tvOS.

Tahun 2015 juga tahun banyak sangat menimba elmu pengatahuan. Banyak mengikuti program Cyberview dan Richworks.

iReka Soft Enterprise

iReka Soft secara badan berdafatar, bagai lahir semula, kami buka entiti baru iaitu IREKA SOFT ENTERPRISE di SSM pada bulan Mei 2015. Ia setelah kami merasakan kami boleh berdiri sendiri tanpa otai-otai senior sebagai pemberi projek atau membantu dari segi networking atau kewangan. Hal ini bukan tidak perlu, tetapi semakin menginjak masa, pemikiran dan ilmu sudah dicari tapi kalau kami terus di'perguna' oleh orang lain, siapa yang tak nak bertindak.

Bukan senang tapi tak mustahil, banyak lagi kami perlu belajar tapi ini adalah titik reset dalam penubuhan entiti berdaftar. Kami target akan meneruskan entiti ini, dan melakukan yang sebaiknya dari segi rekod bank dan sebagainya.

iReka Soft Sdn Bhd masih ada, tapi akan di akhirkan tidak lama lagi. Kami berharap ia boleh ditukarkan nama sebelum kami 'lepas'kan.

iReka Soft Apps

Kalau cakap pasal iReka Soft ni, tak boleh lari dari apps. Betul, kami buat aplikasi mudah alih. Awal-awal dulu dengan peranti iPhone. Kami pertama sekali develop untuk iPhone 3G, yang dibeli semasa melanjutkan pengajian tinggi di Jepun pada tahun 2008. Pertama kami develop app pada tahun 2009, bila ada akses kepada Mac.

Sampai sekarang, dikurniakan rezeki, bukan setakat hobi kami nak develop apps, tapi boleh menjalankan bisnes yang mampu bertahan memberikan kami rezeki. Pelbagai usaha dilakukan dari dulu sampai sekarang untuk sustain, dan maintain dalam industri ini. Perubahan yang sangat drastik dari segi teknologi, ideologi dan ilmu. Memerlukan masa, stamina, semangat yang berterusan untuk kekal aktif.

Sekarang ada pelbagai jenis apps yang kami keluarkan dalam iOS. Tahun ni, kami tambah sikit-sikit koleksi untuk Android. Kenapa Android semakin mendapat perhatian kami, sebab kami agak gemar dengan Android Studio. Ia nampak boleh jadi IDE yang baik dan boleh membantu kami develop app-app yang gempak juga untuk Android. iOS kami tetap tak akan lupakan. Kami belajar Swift, dah beberapa app dibuat dengan Swift, Swift 2.0, versi yang agak matured sikit, kami rasa nak switch. Kami lakukan sikit-sikit.

Platform Apple Baru

Platform Apple mengembangkan sayapnya pada tahun ini, di mana kita dapat menyaksikan platform Apple Watch dan Apple TV boleh dibangunkan aplikasinya.

Di sini di iReka Soft, tidak ketinggalan untuk membangunkan aplikasi untuk platform Apple yang lain. Ia termasuk platform komputer Mac, watchOS dan tvOS.

Tahniah atas usaha anda!!

Perkara Mobile Lain

Di iReka Soft, sememangnya mobile adalah satu misi kami. Kami ingin membantu ramai pengguna smartphone untuk mendapat tambah nilai dari smartphone mereka itu, oleh itu kami selalu mendalami ilmu mobile application.

Antara perkara yang kami tekankan adalah mobilized web. Kami belajar dari asas balik bagaimana membangunkan apliaksi web mobile. Dan dalam aplikasi native juga terdapat webview dimana kami boleh lihat video melalu webview.

Marketing

Memang kita sedar, tak ramai yang tahu tentang kami atau tentang produk kami. Jadi, kami bukan sahaja telah sedar namun telah mendalami ilmu pemasaran. Ada beberapa perkara yang sudah diimplementasi dan banyak lagi akan hadir dalam tahun 2018.


Friday, 11 December 2015

New Android Apps

It has been busy days for developing iOS, but it has been a breeze way to publish apps.

Android console let you publish Android apps within hours, while Apple apps for week, or weeks if get rejected.

So we like to introduce yet another cool apps for your Android.

1. 101 Dreams

It's an app that you can use to write your dreams. It's not a simple todo list spinoff, it has science in it. We guide you how to write better dreams. By having good dream writing your dreams are not just dream, you will be living with your dreams.

Google Play: http://bit.ly/1QtS7NY

2. Superfood

It's an essential book for those who looking for healthy foods.

Google Play: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.irekasoft.superfood

Conclusion

For book app, we think there is no easier way to publish app on Google Play. We will keep publishing on Google Play as soon as we have new resources. We will also publish on App Store if we think it worth to use some of time to publish it on the store. It just need more extra time to upload, and week to wait into the store before we can talk, share about it on the media social etc.

* In conjunction of new year 2016. Let's have better wish for the new year, write it on 101 Dreams.


Friday, 4 December 2015

TAK PERLU KE PEJABAT. KUASAI POTENSI INTERNET

Dalam ekonomi sekarang di Malaysia, tol dalam bandar sudah naik, tahun depan tol PLUS juga bakal naik. Pengangkutan awam juga naik termasuk LRT, komuter dan lain-lain.

Adakah dengan mengurangkan perjalanan boleh membantu anda berjimat? Ya.

Adakah cara lain untuk berkomunikasi tanpa perlu hadir sua muka? Ya. Dengan internet. Apatah lagi dengan langganan broadband Unifi atau Maxis anda. Ia cukup laju untuk berkomunikasi secara berkesan. (bukan anda mahu sentuh orang tu pun)

Internet kalau digunakan sepenuhnya memang memberi manfaat yang besar. Apatah lagi internet kini senang di akses dengan telefon pintar anda. Sedar tidak sedar, semua orang ada telefon pintar. Ia bukan barangan kelas tinggi tapi merupakan barang asas manusia yang sejahtera sosialnya.

Walhal yang demikian, pekerjaan harian kita tetap memerlukan kita ke pejabat, memerlukan berjumpa bos, klien, rakan sekerja, dan lain-lain orang. Jadi perbelanjaan pengangkutan ke tempat kerja bagaikan tiada cara lain untuk dikurangkan.

Kalau bos bagi kerja remote dari rumah kan bagus?

Atau... kita dari tukar kerja kepada kerja ke pejabat kepada kerja boleh dibuat di rumah yang menggunakan menggunakan internet. Cari pekerjaan yang boleh dilakukan secara remote. Cari pekerjaan yang menggunakan modal digital. Cari pekerjaan yang boleh menjual barang secara digital dalam talian. Atau menjual barang dan boleh diposkan.

Kan mudah, boleh start guna mudah.my tengok apa yang anda boleh jual, jual. Post kan sofa rumah anda untuk dijual. Kalau tak jadi jual, cakap sold out.

Kalau potensi pekerjaan internet anda lebih bagus dari pergi ke tempat kerja buat apa nak ke pejabat lagi.

Bukan senang tapi tak mustahil.

Salam sayang

Muhammad Hijazi
Founder at iReka Soft Ent


#MMMOkt2015

Thursday, 3 December 2015

DALAM BISNES GAGAL ITU BIASA

Kegagalan. Biasa sahaja. Bukan suka buat kegagalan, tapi kegagalan adalah benda yang boleh diexpect. Belajar dari kegagalan. Learn from mistakes. Lupakan tapi ambil sebagai torchlight untuk masa hadapan.

Dalam dunia ni siapa yang tak pernah gagal. Yang gagal itu lah diambil pengajaran. Yang gagal itulah diambil teladan.

'Berani Gagal'. Dare To Fail.

Gagal tu bermaksud perkara yang kita tak inginkan. Kita tak suka. Kita tak nak. Benda yang melukakan fizikal, emosi, batin, perhubungan dan pelbagai lagi.

Kalau emosi tak terima gagal itu, kemungkinan besar akan terus bermain biola, dan tiada tenaga untuk bangkit balik.

Yang paling teruk adalah orang yang tak mengaku gagal.

Mereka sebenarnya gagal, tapi tidak mahu mengaku kegagalan sendiri, atau mungkin rasa dia sebenarnya gagal, tapi tak nak berusaha untuk memperbaiki kegagalan. Atau dalam kata lain EGO. EGO tu bagus. Tapi kalau diletakan dalam konteks tidak mengaku kegagalan/kesalahan, apa yang boleh dijangka dalam masa hadapan? Terus menerus gagal bukan?

Sekurang-kurangnya mengakui kegagalan adalah kunci kepada pintu untuk belajar memperbaiki diri dan syarikat.

Kegagalan kecil hari ini, adalah satu pengajaran yang tidak ternilai untuk masa hadapan yang mungkin lebih mencabar dan gila-gila mencabar. Kita tak tahu apakah bentuk ujian dan dugaan yang diberikan Allah pada masa akan datang.

Betul, Allah yang memberikan masalah, sebab kita yang bodoh. Kita yang banyak buat salah. Jadi Allah nak berikan pengajaran untuk kita yang bodoh. Kita sebenarnya nak usaha kembali kepada Sang Pencipta. Allah tahu apa isi hati sebenar dalam hati-hati manusia ini, walaupun luaran yang mungkin sangat berbeza (contradict / misconception).

Itu sebab first impression tu penting... tapi tu bab lain pula :)

Point dia adalah mari musahabah diri bila kita bertemu dengan kegagalan. Matlamat kita adalah 101 Impian yang kita tuliskan. Jangan hilang fokus. InsyaAllah dunia kita nak, apatah lagi Akhirat itu yang selamanya.

Semoga pembaca budiman dapat sesuatu dari posting blog saya. Saya sangat beremosi ketika menulis post ini.

Muhammad Hijazi
Founder iReka Soft Enterprise



Tuesday, 1 December 2015

PERNIAGAAN DALAM POKET

Saya Muhammad Hijazi, founder di iReka Soft Enterprise, berpengalaman lebih dari 5 tahun dalam membina aplikasi mobile, membina lebih 30 aplikasi dalam App Store dan Google Play, beberapa apps adalah dalam top downloads dan top sellers. Pernah meraih kemenangan dalam pertandingang intellectual property challenge.

Kepakaran kami adalah membina aplikasi native mobile untuk platform iPhone dan Android. Kami memasarkan aplikasi kami dalam pasaran online terbuka di App Store dan Google Play.

Kami membantu ahli perniagaan menghasilkan aplikasi perniagaan mereka untuk mendekati pengguna-pengguna, bakal pengguna, proskpek, peminat tegar, untuk membuat marketing , menjual, memberi informasi kepada mereka.

Masalahnya membangunkan aplikasi memerlukan teknikal skill yang tinggi, perlu mendalami bahasa pengaturcaraan (Objective-C, Java, Swift, HTML dan sebagainya).

Syarikat kami boleh membantu dengan cara memberikan servis kepada peniaga yang ingin memasuki pasaran mobile.

Anda boleh bertanya kami di nombor 016-337-3081 (WhatsApp), atau emelkan kepada hello@irekasoft.com

Jika anda confirm order dengan pihak kami sebelum 31 December 2015, kami akan memberikan diskaun sebanyak 30% dari harga asal.

iRekaSoft.com
@iRekaSoft

Fast Action Fast Result

iReka Soft Ent ー Creating Mobile Experience • モバイルの感動を作る。
Cyberjaya, Malaysia

#MMMOkt2015