Dalam ekonomi sekarang di Malaysia, tol dalam bandar sudah naik, tahun depan tol PLUS juga bakal naik. Pengangkutan awam juga naik termasuk LRT, komuter dan lain-lain.
Adakah dengan mengurangkan perjalanan boleh membantu anda berjimat? Ya.
Adakah cara lain untuk berkomunikasi tanpa perlu hadir sua muka? Ya. Dengan internet. Apatah lagi dengan langganan broadband Unifi atau Maxis anda. Ia cukup laju untuk berkomunikasi secara berkesan. (bukan anda mahu sentuh orang tu pun)
Internet kalau digunakan sepenuhnya memang memberi manfaat yang besar. Apatah lagi internet kini senang di akses dengan telefon pintar anda. Sedar tidak sedar, semua orang ada telefon pintar. Ia bukan barangan kelas tinggi tapi merupakan barang asas manusia yang sejahtera sosialnya.
Walhal yang demikian, pekerjaan harian kita tetap memerlukan kita ke pejabat, memerlukan berjumpa bos, klien, rakan sekerja, dan lain-lain orang. Jadi perbelanjaan pengangkutan ke tempat kerja bagaikan tiada cara lain untuk dikurangkan.
Kalau bos bagi kerja remote dari rumah kan bagus?
Atau... kita dari tukar kerja kepada kerja ke pejabat kepada kerja boleh dibuat di rumah yang menggunakan menggunakan internet. Cari pekerjaan yang boleh dilakukan secara remote. Cari pekerjaan yang menggunakan modal digital. Cari pekerjaan yang boleh menjual barang secara digital dalam talian. Atau menjual barang dan boleh diposkan.
Kan mudah, boleh start guna mudah.my tengok apa yang anda boleh jual, jual. Post kan sofa rumah anda untuk dijual. Kalau tak jadi jual, cakap sold out.
Kalau potensi pekerjaan internet anda lebih bagus dari pergi ke tempat kerja buat apa nak ke pejabat lagi.
Bukan senang tapi tak mustahil.
Salam sayang
Muhammad Hijazi
Founder at iReka Soft Ent
#MMMOkt2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Touch Bar located above the keyboard on the new MacBook Pro 2016. The Touch Bar is a Retina display screen, multi-touch input up to 10-fin...
-
Pada tanggal 30 Januari 2016, saya telah menghadiri program Seminar My Documents dengan tagline 'Urus bisnes gaya korporat' yang di ...
-
Highlighting http://geektalkin.blogspot.my/2009/11/embed-code-syntax-highlighting-in-blog.html Escape the HTML Code http://accessify.com...
No comments:
Post a Comment