Bagi saya bukan senang nak belajar platform iOS, nahu language nya yang begitu sukar untuk pengaturcara baru seperti saya dahulu. Awal-awal dulu saya buat aplikasi ringkas CalcDrill, di inspirasi dari kamus elektronik bahasa Jepun yang mempunyai fungsi quiz soalan matematik. Di situ saya buat app tersebut, dan hasilnya saya pernah dapat top download for education di Jepun App Store.
Di situ lah bisnes aplikasi mudah alih saya bermula.
Passion Does Not Pay The Bills
Minat tidak membayar bil anda. Ada orang menasihati ikut minat anda dan akan dapat kejayaan. Ia sebenarnya tidak begitu betul. Namun, saya tidak kata anda tidak boleh buat duit mengikut minat anda. Ada orang yang begitu berjaya membuat apa yang diminatinya.
Mengikut apa yang anda minat adalah bukan guideline yang ada harus ikut. Sebab minat anda tak semestinya selari dengan kehendak pelanggan anda.
Minat seseorang adalah tidak ada kaitan dengan kejayaan sesuatu bisnes. Namun ada berita baik: anda mungkin boleh mencari bisnes idea yang baik dalam perkara yang anda minat. Seterusnya anda akan lebih bersemangat dalam menjalankan bisnes tersebut.
Satu-satunya Cara Untuk Menjalankan Bisnes Yang Serius Adalah Dengan Memberikan Nilai
Bisnes adalah memberikan nilai, dan berapa banyak kita boleh tolong pelanggan menyelesaikan masalah mereka. Lebih banyak nilai yang diberi, lebih banyak yang anda boleh minta sebagai exchange untuk nilai tersebut.
Anda mungkin fikir "perisian saya boleh memberikan nilai yang banyak kepada customer, jadi tentunya ia boleh meberikan nilai yang banyak". Sebenarnya, nilai adalah ditaarif oleh pelanggan bukan pembuatnya. Nilai-nilai tadi hanyalah mungkin dalam minda pembangunnya. Pembangunnya dah jatuh cinta tentang idea beliau.
Lagi ayat sentap, banyak pembangun merungut kenapa orang tak nak beli apps yang dibangunkan dengan masa dan tenaga yang banyak, tetapi boleh beli kopi atau burger dengan harga yang sama. Sekali lagi, orang tidak peduli tentang berapa banyak anda berhabis atau telah berusaha. Apa yang penting adalah hasil tersebut adakah ia bernilai tinggi kepada mereka. Ia bukan hak anda untuk menentukan nilai apps lebih tinggi dari kopi atau burger tersebut. Semua hak pelanggan untuk memilih.
Strategi Mengalahkan Taktik Yang Ada
Mengikut statistik, jika buat bisnes 90% akan gagal. Jika anda buat bisnes yang anda tahu 90% akan berjaya. Jika anda tahu apa patut dilakukan, kejayaan adalah hampir menjadi kenyataan. Tengok kepada orang yang sentiasa berjaya dengan apa-apa sahaja idea yang dipasarkan, sentiasa berjaya, sebab dia dah tahu apa yang patut dibuat dalam bisnes.
Sebabnya, kesilapan unggul yang membunuh bisnes adalah tiada strategi langsung. Biasa buat, jika ada idea, developer akan buat apa yang ditahunya iaitu membangunkan apps. Developer akan membuat strategi semasa membinanya. Macam mana pun anda buat jika strategi itu salah, anda akan gagal.
Menjalankan Bisness
Menjalankan bisnes app, bukan lah sekadar membangukan app. Menjadi pemilik bisnes memerlukan anda memahami pelanggan anda, menulis ayat-ayat yang baik dalam website, memahami apa itu marketing, bagaimana ia berfungsi, tahu bila dan bagaimana nak menjual, memilih positioning dan statergi harga, dan pelbagai lagi.
Kalau nak jadi pure developer, patut bekerja sebagai developer, tak perlu buat benda lain. Kami pun mencari protege untuk developer di syarikat kami (boleh emel ke hijazi@irekasoft.com) Tapi jika anda ingin menjalankan bisnes app, banyak lagi selain coding yang perlu diketahui untuk membina bisnes yang stabil lagi berjaya.
Strategi: Jika Nak Membina Apps yang Berjaya, Anda Patut Memahami Pelanggan dengan Sedalamnya
Sebelum anda tulis sebarang kod, cari customers. Company besar panggil ini adalah market research, dan ia adalah asas kepada kejayaan sesuatu bisnes.
Steve Jobs pernah cakap di Apple mereka tidak menjalankan market research, tanya apa yang mereka mahu dan sebagainya. Steve Jobs sememangnya genius tahu apa yang pelanggan mahukan, tapi jika ikut sejarahnya di syarikat NeXT beliau sebenarnya telah hampir gagal dalam bisnes tersebut. Dengan pengalaman bersusah-payah di NeXT beliau banyak belajar mengenali pelanggan.Steve Jobs pernah berkata : "One of the things I've found is that you hae to start with the customer experience and work backwards for the thechnology. You can't start with the technology and try to figure out where you're going to try to sell it".
Bagaimana Nak Tahu Apa Pelanggan Sebenarnya Mahu
Sebelum membangunkan apps, anda patut tahu bagaimana nak capai pelanggan anda. Online research. Cari masalah yang yang orang sedang berbicara di forums, facebook atau twitter.
Contoh yang apps kami adalah menyelesaikan pengguna smartphone yang nak sentiasa tengok jam dalam phone. Stock apps tak menyelesaikan masalah ini. Ramai ke yang ada masalah ini? Penting ke tengok jam?Kaji masalah dengan mendalam secara pasif, baca komplen dan pandangan mereka terhadap apps anda.
Pastikan Orang Akan Beli Apps Sebelum Apps tersebut Di Bina
Software development takes lot of time. Even you are experienced developer, it will take you a few months to make an app. Ini adalah sifat pembangunan software. Pembangunan adalah sukar dan memakan masa.
Cara nak validate bukan dengan tanya nak beli apps ini ke tak, tetapi dengan memahami masalah mereka dan anda beri mereka solusi.
App Stores Bukan Marketing Channel
App Store dan Google Play bukan marketing channel tetapi distribution chanel. Banyak developers menganggap marketing perkara yang remeh dan cuma hantar emel kepada "press".
Jangan Expect Hasil yang Besar pada Permulaan
Akhir kata untuk post ini, jangan berharap app bisnes boleh boom dalam masa singkat, kecuali ada strategi yang betul. Expect bisnes akan membesar dengan perlahan tetapi steady. Secara umum, sebuah bisnes mengambil masa selama 3 - 5 tahun untuk memperoleh untung lumayan.
No comments:
Post a Comment