2015 Secara Ringkas
Secara kasarnya, tahun penerusan iReka Soft iOS app, menerjuni Android, meneladani Bootstrap, menyapa watchOS dan tvOS.
Tahun 2015 juga tahun banyak sangat menimba elmu pengatahuan. Banyak mengikuti program Cyberview dan Richworks.
iReka Soft Enterprise
iReka Soft secara badan berdafatar, bagai lahir semula, kami buka entiti baru iaitu IREKA SOFT ENTERPRISE di SSM pada bulan Mei 2015. Ia setelah kami merasakan kami boleh berdiri sendiri tanpa otai-otai senior sebagai pemberi projek atau membantu dari segi networking atau kewangan. Hal ini bukan tidak perlu, tetapi semakin menginjak masa, pemikiran dan ilmu sudah dicari tapi kalau kami terus di'perguna' oleh orang lain, siapa yang tak nak bertindak.
Bukan senang tapi tak mustahil, banyak lagi kami perlu belajar tapi ini adalah titik reset dalam penubuhan entiti berdaftar. Kami target akan meneruskan entiti ini, dan melakukan yang sebaiknya dari segi rekod bank dan sebagainya.
iReka Soft Sdn Bhd masih ada, tapi akan di akhirkan tidak lama lagi. Kami berharap ia boleh ditukarkan nama sebelum kami 'lepas'kan.
iReka Soft Apps
Kalau cakap pasal iReka Soft ni, tak boleh lari dari apps. Betul, kami buat aplikasi mudah alih. Awal-awal dulu dengan peranti iPhone. Kami pertama sekali develop untuk iPhone 3G, yang dibeli semasa melanjutkan pengajian tinggi di Jepun pada tahun 2008. Pertama kami develop app pada tahun 2009, bila ada akses kepada Mac.
Sampai sekarang, dikurniakan rezeki, bukan setakat hobi kami nak develop apps, tapi boleh menjalankan bisnes yang mampu bertahan memberikan kami rezeki. Pelbagai usaha dilakukan dari dulu sampai sekarang untuk sustain, dan maintain dalam industri ini. Perubahan yang sangat drastik dari segi teknologi, ideologi dan ilmu. Memerlukan masa, stamina, semangat yang berterusan untuk kekal aktif.
Sekarang ada pelbagai jenis apps yang kami keluarkan dalam iOS. Tahun ni, kami tambah sikit-sikit koleksi untuk Android. Kenapa Android semakin mendapat perhatian kami, sebab kami agak gemar dengan Android Studio. Ia nampak boleh jadi IDE yang baik dan boleh membantu kami develop app-app yang gempak juga untuk Android. iOS kami tetap tak akan lupakan. Kami belajar Swift, dah beberapa app dibuat dengan Swift, Swift 2.0, versi yang agak matured sikit, kami rasa nak switch. Kami lakukan sikit-sikit.
Platform Apple Baru
Platform Apple mengembangkan sayapnya pada tahun ini, di mana kita dapat menyaksikan platform Apple Watch dan Apple TV boleh dibangunkan aplikasinya.
Di sini di iReka Soft, tidak ketinggalan untuk membangunkan aplikasi untuk platform Apple yang lain. Ia termasuk platform komputer Mac, watchOS dan tvOS.
Tahniah atas usaha anda!!
Perkara Mobile Lain
Di iReka Soft, sememangnya mobile adalah satu misi kami. Kami ingin membantu ramai pengguna smartphone untuk mendapat tambah nilai dari smartphone mereka itu, oleh itu kami selalu mendalami ilmu mobile application.
Antara perkara yang kami tekankan adalah mobilized web. Kami belajar dari asas balik bagaimana membangunkan apliaksi web mobile. Dan dalam aplikasi native juga terdapat webview dimana kami boleh lihat video melalu webview.
Marketing
Memang kita sedar, tak ramai yang tahu tentang kami atau tentang produk kami. Jadi, kami bukan sahaja telah sedar namun telah mendalami ilmu pemasaran. Ada beberapa perkara yang sudah diimplementasi dan banyak lagi akan hadir dalam tahun 2018.
No comments:
Post a Comment