Wednesday, 6 January 2016

Designing For Fun

Pernah fikir hidup ni sebenarnya untuk bergembira. Betul tak? Kita bekerja, cari wang, dan selalunya dibelanjakan untuk kegembiraan. Dan bagaimana pula dengan kerja design. Ia seharusnya jadi kegembiraan bukan.

Reality check. Biasa saya bekerja, saya agak serius juga. Agak meneliti detail, nak buat benda yang functional kan. Dan juga selepas itu nak buat benda nampak cantik. Dan bergerak dengan cantik. Mestilah buat benda tu, baru ada MAGNET.

'Designing for Fun', tajuk bagi presentation designer power berasal dari Denmark. Saya jumpa bila nak belajar sedikit sebanyak macam mana nak buat icon app yang menarik, dan bagus untuk marketing, so ini lah video yang lebih dari sekadar design icon. Ia design bisnes itu sendiri.

Designing For Fun from Michael Flarup on Vimeo

Ada beberapa key point yang boleh diambil.

1. Kalau nak buat sesuatu, fikir adakah ia bakal membuat satu cerita yang bagus? Hmm... walaupun dia showcase 3 apps sahaja, setiap app tersebut divideokan dan diceritakan dengan cerita yang menarik dan awe-inspiring.

2. Jangan fikir pengguna 'menggunakan' app anda, fikir bagaimana dia 'mengalami' (experience) app anda. Jadi anda akan lebih berhati-hati untuk memberikan pengalaman yang bagus kepada mereka sebab probably mereka guna sekali sahaja at least. So make it meaningful. Ada unsur emotion di situ.

3. Tengok perkara-perkara lain yang dah ada, buat lain dari yang kebiasaan.

5. Jalan lupa untuk bergembira.

No comments:

Post a Comment